Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipinjamkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NOTA JANJI

Nota janji ialah janji tidak bersyarat serta tak

boleh mansuh yang dibuat secara bertulis untuk

membayar sejumlah wang tertentu apabila dituntut

ataupun pada waktu yang telah ditetapkan kepada

orang yang dinamakan. Nota janji biasanya berupa

janji hendak membayar balik wang yang telah

dipinjamkan untuk tujuan perniagaan. Jumlah yang

harus dibayar balik itu biasanya lebih besar

daripada jumlah yang dipinjam. Perbezaannya ialah

faedah bagi pinjaman tersebut. Orang yang

menandatangani nota tersebut dikenali sebagai

pembuat . Orang yang akan dibuat bayaran

kepadanya dikenali sebagai penerima . Tarikh

apabila bayaran itu perlu dibuat dikenali sebagai

tarikh tebus .

UMUM 
SEKOLAH LATIHAN MELAYU KOTA BAHARU

SEKOLAH LATIHAN MELAYU KOTA BAHARU, pusat latihan persediaan perguruan pertama di Kelantan.  Sekolah latihan perguruan ini ditubuhkan pada tahun 1926. Dua orang guru berpengalaman dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dipinjamkan untuk mengajar di sekolah ini.  Mereka ialah Arshad bin Talib dan Ujang bin Malaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
OTHMAN SULAIMAN

OTHMAN SULAIMAN (1952 – 1992), penulis dan penterjemah. Dia lahir pada 2 April 1925 di Enggor, Perak. Dengan kelulusan Cambridge School Certificate (1941) dan Higher School Certificate (1958), Othman bertugas sebagai kerani di Jabatan Pelajaran Perak pada tahun 1946. Pada awal tahun 1950-an, dia bertugas sebagai guru bahasa Inggeris dan penterjemah di Maktab Pengurusan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, Othman berkhidmat sebagai setiausaha Lembaga Pelajaran Negeri Perak. Pada 1 Disember 1959, dia dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bertugas sebagai penolong pengarang. Pada tahun 1968, dia dilantik sebagai pengarang hinggalah dia bersara pada tahun 1977.

BAHASATokoh

Kembali ke atas