Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipintal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TALI

Tali diperbuat daripada lembar benang atau

dawai yang dipintal bersama. Saiznya adalah antara

4.8 milimeter hingga melebihi 152 milimeter

mengikut ukuran diameternya. Tali yang berukuran

kurang daripada 4.8 milimeter tebal dikenali

sebagai tali pintal atau kord. Tali-temali ialah

istilah umum bagi tali, tali pintal atau kord yang

diperbuat daripada lembar benang.

UMUM 
DAWAI BERDURI

Dawai berduri, dibuat daripada dua atau

lebih dawai keluli yang dipintal bersama dan

mempunyai cangkuk bak duri dalam jarak dekat-dekat.

Ia dijadikan pagar, khususnya untuk memagar

haiwan ternakan.

UMUM 
POLIESTER

Poliester adalah mana-mana kumpulan bahan

plastik yang digunakan dengan meluas. Poliester

yang terpenting, polietilen tereftalet (PET), boleh

dipintal menjadi serat, disemperit untuk dijadikan

tapisan, atau digabungkan dengan bahan-bahan

lain dan diacu menjadi bahagian plastik. PET ialah

termoplastik – iaitu, ia menjadi lembut dan

melebur pada suhu tinggi (lihat Plastik [Jenis

plastik]).

UMUM 
MEMINTAL

Memintal ialah proses membuat benang dengan

memulas atau memilin serat tumbuh-tumbuhan atau

haiwan. Ia merupakan satu unsur kesenian yang

paling kuno. Beribu-ribu tahun lamanya benang

dipintal dengan menggunakan spindel. Spindel ini

terdiri daripada kayu licin yang panjangnya dari 23

sentimeter hingga 38 sentimeter. Ia mempunyai

takuk pada satu hujungnya untuk mengait benang

dan batu atau mangkuk dari tanah liat yang dibakar,

dikenali sebagai pusar untuk membuat spindel

berpusing seperti gasing. Pemintal memutar spindel

dengan menggelek-geleknya dengan paha. Orang

Mesir purba menggunakan spindel seperti itu bagi

membuat benang untuk kain yang baik.

UMUM 
TAFETA

Tafeta adalah sejenis kain licin dan agak keras

yang diperbuat daripada rayon, nilon atau sutera.

Nama tafeta berasal daripada perkataan Parsi iaitu

taftah yang bermakna dipintal atau ditenun . Tafeta

mempunyai tenunan yang ringkas dan rapat. Ia

dijual dalam bidang yang lebar untuk dibuat

pakaian, cadar dan langsir, dan bidang yang kecil

untuk membuat reben.

UMUM 
SURAH AL-MASAD

Surah al-Masad ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-111 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lima ayat.

Surah ini dinamakan al-Masad (tali yang dipintal)

berdasarkan lafaznya yang terdapat pada surah ini

dalam ayat kelima yang bermaksud: “Yang lehernya

ada tali dari sabut.”

UMUM 
MENENUN

Menenun ialah proses membuat pakaian dengan

menjalinkan dua set benang di atas dan di bawah

antara satu sama lain. Banyak kain dan kebanyakan

selimut, pakaian, serta ambal dihasilkan melalui

tenunan. Tukang tenun menggunakan benang yang

dipintal daripada gentian asli seperti kapas, sutera,

dan bulu. Gentian tiruan yang kuat termasuk nilon

dan orlon juga popular.

UMUM 
SERAT

Serat , juga dikenali sebagai serabut atau gentian,

ialah lembar bak rambut bagi sesuatu bahan yang

benar-benar panjang berbanding dengan lebarnya.

Serat sekurang-kurangnya 100 kali lebih panjang

daripada lebarnya. Serat adalah fleksibel dan boleh

dipintal menjadi yan dan dibuat kain. Serat ialah

unit nampak yang paling kecil daripada sebarang

keluaran tekstil. Pembuat menggunakan serat

dalam pakaian atau dalam perhiasan rumah seperti

permaidani, langsir, dan upholsteri. Mereka juga

menggunakan serat dalam banyak keluaran

industri, termasuk payung terjun (paracut), hos

bomba, bahan penebat, dan pakaian angkasa.

Dalam perubatan, serat digunakan untuk membuat

arteri dan tendon artifisial.

UMUM 
TERMOGANDINGAN

Termogandingan ialah peranti elektrik yang

menukarkan haba kepada tenaga elektrik atau

tenaga elektrik kepada haba. Termogandingan

dibuat dengan memintal hujung dua dawai

berlainan jenis, seperti besi dan tembaga, untuk

membentuk simpangan . Hujung yang satu lagi juga

dipintal untuk membentuk satu lagi simpangan.

Jika satu simpangan dipanaskan, ammeter yang

disambungkan kepada satu daripada dawai di

antara simpangan akan menunjukkan pengaliran

arus termoelektrik (dijana oleh haba).

UMUM 
KATGUT

Katgut ialah sejenis tali yang kuat yang diperbuat

daripada usus beberapa jenis haiwan dan

digunakan terutamanya sebagai tali alat muzik dan

untuk menjahit luka. Kebanyakan katgut diperbuat

daripada usus babi atau biri-biri. Usus tersebut

dikoyakkan menjadi lembar dan kemudian dicuci,

diawet, dan dipintal menjadi tali.

UMUM 
12

Kembali ke atas