ZARAH | Jirim terkecil yang boleh dipisahkan daripada jirim pukal. Sebagai contoh, habuk kayu ialah zarah kayu. Begitu juga dengan debu, iaitu zarah tanah liat atau pasir. Saiz zarah ditentukan dengan skrin Tyler. ....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
SAMOS | Samos ialah pulau Yunani di Laut Aegean dan dipisahkan dari pinggir laut Turki oleh Selat Samos (lihat Greece [peta]). Samos meliputi kawasan seluas 476 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 31 629 orang. Ekonomi pulau ini bergantung pada pelancongan, pembuatan wain, dan pengeluaran keluaran hutan, tembakau serta anggur. Pelabuhan Vathi ialah ibu kotanya. Samos dahulunya merupakan sebahagian Yunani purba. Ia merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah dari pertengahan tahun 1400-an hingga tahun 1913, apabila dituntut semula oleh Greece selepas Perang Balkan Kedua. | UMUM | |
MINYAK GAS | Minyak gas adalah satu pecahan (bahagian) apabila petroleum dipisahkan melalui penyulingan. Minyak gas didapati lebih kurang pada “pertengahan” penyulingan. Ia lebih berat daripada petrol dan parafin, dan lebih ringan daripada sulingan lube , yang dijadikan minyak pelincir dan lilin. Nama minyak gas diperoleh daripada penggunaan minyak ini dalam pengeluaran bahan api gas. Minyak gas ditukarkan kepada pecahan petroleum yang lebih ringan, seperti petrol dan bahan kimia. Ia juga digunakan untuk minyak diesel dan minyak bahan api. Lihat juga Petroleum (Penapisan petroleum). | UMUM | |
ENTALPI | Sifat sistem termodinamik yang boleh digunakan untuk mencirikan sekumpulan jirim atau sebuah peranti termodinamik yang dipisahkan daripada persekitarannya dengan sempadan tertentu. Terdapat dua jenis sifat termodinamik, iaitu sifat ekstensif dan sifat intensif. Sifat ekstensif bergantung pada jisim sistem, manakala sifat intensif bebas daripada ukuran jisim sistem. Entalpi ekstensif disimbolkan dengan huruf H, manakala entalpi intensif disimbolkan dengan huruf h. Unit bagi entalpi ekstensif H ialah kilojoule (kJ). Unit bagi entalpi intensif h pula ialah kJ/kg....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
TASMANIA | Tasmania ialah negeri yang paling kecil di Australia dan terletak di hujung tenggara benua tersebut. Tasmania dipisahkan dari tanah besar oleh Selat Bass, yang lebarnya hanya 240 kilometer. Laut yang cetek ini mempunyai kedalaman yang berbeza, iaitu dari 55 meter hingga 90 meter. Sebelum terjadinya percairan pada liputan ais dunia lebih kurang 8000 hingga 12 000 tahun dahulu, bahagian ini merupakan daratan yang kering. | UMUM | |
PULAU BATHURST | Pulau Bathurst terletak di Laut Timor, lebih kurang 70 kilometer ke barat laut Darwin. Pulau ini dipisahkan dari Pulau Melville oleh Selat Apsley yang lebih kurang 1.5 kilometer lebar. | UMUM | |
MALAYSIA | Malaysia ialah negara di Asia Tenggara. Ia terdiri daripada dua kawasan yang terletak 650 kilometer di antara satu sama lain, dipisahkan oleh Laut China Selatan. Kawasan ini ialah Semenanjung Malaysia (dahulunya Malaysia Barat), dan Sabah dan Sarawak (dahulunya Malaysia Timur). Sabah dan Sarawak terletak di bahagian utara Pulau Borneo. Manakala utara Semenanjung Malaysia bersempadan dengan Thailand. Selat Tebrau memisahkan Johor dengan Singapura. | UMUM | |
ASTON, FRANCIS WILLIAM | Aston, Francis William (1877–1945), ahli fizik British. Pada tahun 1917, dia mencipta spektograf jisim yang memungkinkan atom yang lebih ringan dan yang lebih berat dipisahkan dan berat atomnya diukur dengan lebih tepat. | UMUM | |
BUTANA DAN PROPANA | Butana dan propana ialah gas tidak berwarna dan mudah terbakar. Ia ditemui dalam gas asli, minyak mentah ringan, dan dalam gas yang terbentuk apabila minyak berat dipecah-pecahkan (dipisahkan secara kimia) untuk menghasilkan petrol. | UMUM | |
ASIA KECIL | Asia Kecil ialah semenanjung di barat Asia. Ia terletak di antara Laut Hitam dengan Laut Mediterranean. Asia Kecil merupakan sebahagian Turki di Asia. Sesetengah orang menamakan kawasan ini Anatolia . Asia Kecil dipisahkan oleh Laut Aegean dari Greece di sebelah barat. Di sebelah timur, semenanjung ini menganjur ke hulu Sungai Euphrates. Asia Kecil ialah nama geografi untuk kawasan ini. Turki menduduki kesemua tanah di semenanjung ini. | UMUM | |