U-THANT | Diplomat Burma (kini Myanmar), Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1962-1971. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
THANT, U | Thant, U (1909–1974), diplomat Burma (kini Myanmar ) yang berkhidmat sebagai setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari tahun 1962 hingga tahun 1971. | UMUM | |
ROMULO, CARLOS PENA | Romulo, Carlos Pena (1899–1985) ialah diplomat dan penulis Filipina, pernah berkhidmat sebagai setiausaha (kemudian menteri) bagi hal ehwal luar Filipina dari tahun 1965 hingga tahun 1984. Romulo berkhidmat sebagai duta besar Filipina ke Amerika Syarikat, pada tahun 1952 dan 1953, dan dari tahun 1955 hingga tahun 1962. Dia mewakili negaranya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dari tahun 1946 hingga tahun 1954. Pada tahun 1949, dia menjadi orang Asia yang pertama memegang jawatan presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Romulo mewakili Filipina dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1957. Dia berkhidmat sebagai presiden University of the Philippines dari tahun 1962 hingga tahun 1969, dan juga memegang jawatan setiausaha pendidikan dari tahun 1966 hingga tahun 1969. | UMUM | |
RAWLINSON, SIR HENRY | Rawlinson, Sir Henry (1810–1895) ialah diplomat British dan pakar Assyria purba. Dia berjaya menafsir aksara kuneiform yang bertulis pada zaman Darius Hystaspes, raja Parsi, sekitar tahun 500-an S.M. | UMUM | |
MYRDAL, ALVA REIMER | Myrdal, Alva Reimer (1902–1986) ialah diplomat Sweden dan ahli sosiologi. Dia menjadi popular kerana menggalakkan perlucutan senjata nuklear dan keamanan dunia. Dari tahun 1962 hingga tahun 1973, dia mengetuai delegasi Sweden ke Persidangan Perlucutan Senjata Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland. Myrdal berkongsi Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1982 dengan Alfonso Garcia Robles dari Mexico. Dia menulis The Game of Disarmament (1976) dan War, Weapons, and Everyday Violence (1977), beberapa buah buku lain dan beberapa artikel tentang perlucutan senjata. Myrdal lahir di Uppsala, Sweden. Dia lulusan dari University of Stockholm dan menerima ijazah sarjana dari University of Uppsala. Myrdal menjadi duta wanita pertama Sweden. Suaminya, Gunnar Myrdal ialah ahli sosiologi dan ekonomi. | UMUM | |
AVILA CAMACHO , MANUEL | Avila Camacho , Manuel (1897–1995), askar, diplomat dan pemimpin politik Mexico, berkhidmat sebagai presiden Mexico dari tahun 1940 hingga tahun 1946. Sebagai presiden, dia meneruskan pembentukan semula langkah-langkah yang telah diperkenalkan oleh Lazaro Cardenas (lihat Cardenas, Lazaro ). Tetapi Avila Camacho memperkenalkan unsur yang lebih konservatif kepada kehidupan nasional. Semasa Perang Dunia II (1939–1945), dia mengumpulkan bangsa Amerika Latin untuk menentang Kuasa Paksi. Lihat Mexico (Pertengahan tahun 1900-an). | UMUM | |
ZURAYQ, QASTANTIN QAYSAR | Zurayq, Qastantin Qaysar (? –1901) ialah diplomat Syria yang pernah berkhidmat dalam bidang akademik di University of America, Beirut. Dia pernah belajar di universiti berkenaan pada peringkat ijazah pertama dan menamatkan pengajian ketika berusia 19 tahun. Kemudian, dia menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Amerika Syarikat dan akhirnya kembali berkhidmat di University of America, Beirut sebagai Naib Canselor. | UMUM | |
O'BRIEN, CONOR CRUISE | O’Brien, Conor Cruise (1917– ) ialah diplomat dan penulis Ireland, menjadi ahli Seanad Eireann pada tahun 1977 tetapi meletak jawatan pada bulan Jun 1979. Dia pernah menjadi ahli Buruh Dáil Éireann dari tahun 1969 hingga tahun 1977, dan berkhidmat sebagai Menteri Pos dan Telegraf dari tahun 1973 hingga tahun 1977. | UMUM | |
PÉREZ DE CUÉLLAR, JAVIER | Pérez de Cuéllar, Javier ( 1920– ) ialah diplomat Peru yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelima dari tahun 1982 hingga tahun 1991. Dia menggantikan Kurt Waldheim dari Austria yang memegang jawatan itu sejak tahun 1972. Pérez de Cuéllar ialah Setiausaha Agung PBB pertama yang berasal dari Amerika Latin. Dia berkhidmat selama dua penggal iaitu sepanjang sepuluh tahun. Dia digantikan oleh Boutros Boutros-Ghali dari Mesir pada bulan Januari 1992. | UMUM | |
PERSE, SAINT-JOHN | Perse, Saint-John (1887–1975) ialah nama pena Alexis Léger, penyair dan diplomat Perancis. Dia menerima Hadiah Nobel bagi bidang kesusasteraan pada tahun 1960. | UMUM | |