PERWAKILAN DIPLOMATIK | Perwakilan diplomatik ialah misi diplomatik dari sebuah negara ke sebuah negara lain yang diketuai oleh seorang menteri. | UMUM | |
KOR DIPLOMATIK | Kor diplomatik terdiri daripada ketua-ketua misi diplomatik seperti duta-duta dan menteri- menteri yang mewakili kerajaan di luar negara. | UMUM | |
BEG DIPLOMATIK | Beg diplomatik ialah beg atau bekas yang mempunyai kekebalan diplomatik. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
PENYELESAIAN DIPLOMATIK | Penyelesaian masalah tertentu melalui rundingan diplomatik. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
ATASE | Atase ialah pegawai yang ditempatkan di pejabat diplomatik. Atase berasal daripada perkataan Perancis attaché yang bermakna attached . Seseorang atase biasanya adalah seorang pegawai tentera darat, tentera laut, atau tentera udara, dan dikenali sebagai atase tentera darat, tentera laut atau tentera udara. | UMUM | |
PERISTIWA XYZ | Peristiwa XYZ ialah nama yang diberikan kepada satu pertukaran usul diplomatik yang kontroversi antara Perancis dengan Amerika Syarikat pada tahun 1797. Ketiga-tiga orang ejen Perancis yang terlibat dikenali sebagai X, Y dan Z. | UMUM | |
PROTOKOL | Protokol ialah dokumen yang mengandungi catatan rundingan yang dijalankan oleh wakil-wakil diplomatik. | UMUM | |
BUKU BIRU | Buku biru ialah nama umum bagi beberapa buah terbitan kerajaan di Britain, antaranya laporan jawatankuasa dan suruhanjaya, statistik perdagangan, dan laporan diplomatik. | UMUM | |