Romberg, Sigmund (1887–1951) ialah penggubah muzik opereta yang masyhur. Dia menggubah muzik untuk opereta yang terkenal seperti Maytime (1917), The Student Prince (1924), The Desert Song (1926), My Maryland (1927), The New Moon (1928), dan Up In Central Park (1945). Dia pernah mengadaptasikan muzik yang dicipta oleh penggubah Austria bernama Franz Schubert untuk satu lagi opereta yang popular, Blossom Time (1921). Antara lagu ciptaannya yang popular termasuk “Deep in My Heart, Dear”, “The Desert Song”, “Stouthearted Men”, dan “When I Grow Too Old to Dream”. Dia juga menggubah muzik untuk filem dan dipuji sebagai pemimpin muzik klasik ringan. |