Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dirakamkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAT MAIN PIRING HITAM

Alat main piring hitam ialah peranti yang

mengeluarkan semula bunyi yang telah dirakamkan

pada piring hitam. Alat main piring hitam juga

dikenali sebagai gramofon atau peti nyanyi . Alat ini

digunakan secara meluas bagi memainkan muzik

rakaman untuk didengar dan ditarikan. Di samping

muzik, orang ramai turut mendengar piring hitam

untuk persembahan drama, pembacaan puisi, dan

ucapan. Kebanyakan stesen radio menggunakan

alat main piring hitam bermutu tinggi untuk

memainkan piring hitam bagi siaran menerusi

gelombang udara.

UMUM 
SENI FOTO KIRLIAN

Seni foto Kirlian ialah proses mencipta imej

sesuatu objek dengan mendedahkan objek

tersebut kepada satu medan elektromagnet.

Proses ini juga dikenali sebagai pengimejan

discas elektromagnet (EDI). Objek yang

dirakamkan dengan cara ini kelihatan seperti

dikelilingi oleh discas cahaya. Imej itu dapat

dihasilkan dengan kaedah seni foto biasa atau

melalui teknik yang lebih canggih.

UMUM 
SENI KHAT

Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang

mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik.

Seni khat dibentuk menjadi memanjang,

memendek, membulat, membujur, merentang,

menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat-

ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata

hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan

khat. Keindahan seni khat bukan sahaja

dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an,

kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam,

tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar,

mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh

dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman,

tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan

terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat

pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303.

UMUM 
PERAKAM PITA VIDEO

Perakam pita video ialah peranti yang

merakamkan imej visual dan bunyi pada pita

magnet. Perakam pita video yang juga dikenali

sebagai VTR ataupun perakam video, juga

memainkan semula maklumat video (gambar) dan

audio (bunyi) yang dirakamkan pada peti

televisyen.

UMUM 
MUZIK RAP

Muzik rap ialah suatu bentuk muzik popular

yang pada umumnya ditutur atau diratibkan

berulang-ulang dengan rentak yang cepat,

berbanding nyanyian. Rap dipersembahkan

dengan iringan muzik yang menekankan ritma

daripada melodinya. Sering kali iringan muzik ini

terdiri daripada segmen-segmen pendek daripada

muzik yang dirakamkan dahulu dan digabungkan

dengan corak-corak baru.

UMUM 
CERITA SULUNG JAWA

Cerita Sulung Jawa, tergolong dalam cerita lipur lara. Cerita Sulung Jawa telah dituturkan oleh Bahtin bin Abdul Razak dari Kampung Tembo Yong, Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah dan dirakamkan oleh Hassan Ahmad dan Jazamuddin Baharuddin pada 23 dan 24 Mac 1965.

SASTERAKarya
MESIN PERENCANA

Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan

percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan

lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula,

dalam bentuk bertaip. Mesin perencana

menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana

pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip

trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah

ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan

mudah dalam perjalanan perniagaan.

Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon

terbina dalam atau mikrofon berasingan yang

dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap

pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada

pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera

dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk

memainkan semula rencana, seorang jurutaip

meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan

pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon

telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai

transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan

unit berasingan.

UMUM 
TANJUNG PAGAR

TANJUNG PAGAR, sebuah kawasan strategik di bahagian selatan Singapura, berdekatan dengan Kepulauan Riau. Nama Tanjung Pagar telah dikenali sejak zaman dahulu.  Dalam Sejarah Melayu iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja (1375-1388), ada dicatatkan mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak.  Kejadian itu menjadi bencana kepada rakyat Singapura sehinggalah seorang budak bijak mencadangkan penggunaan batang pisang menggantikan betis manusia, bagi membentengi serangan todak.  Benteng pisang yang merupakan `pagar’ ini memberi nama kawasan `Tanjung Pagar’.  Tanjung Pagar juga mungkin mendapat namanya sempena adanya kelong (pagar penangkap ikan) pertama yang didirikan dari daerah perairan sekitarnya sehinggalah daerah Tanjung Malang.  Pelabuhan di Tanjung Pagar juga telah dirakamkan oleh pencatat-pencatat dari negeri China dan Portugas semenjak abad ke-14 lagi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas