TASIK BURLEY GRIFFIN | Tasik Burley Griffin ialah tasik buatan manusia di Canberra di ibu negara Wilayah Persekutuan Australia . Ia dirancang sebagai satu siri tasik kecil oleh pereka bandar tersebut, Walter Burley Griffin. Sungai Molonglo telah diempangkan di Empangan Scrivener hingga membentuk sebuah tasik tunggal yang mempunyai tiga buah lembangan. Kings Avenue dan Commonwealth Avenue merentasi tasik ini dan menyediakan hubungan di antara sektor-sektor di Canberra. | UMUM | |
PASUKAN GERAK CEPAT | Pasukan Gerak Cepat ialah pasukan angkatan tentera Amerika Syarikat yang dirancang khas untuk bergerak dengan cepat bagi melindungi kepentingan Amerika Syarikat di mana sahaja di dunia ini. | UMUM | |
EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA | EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang ketiga menggunakan tulisan Latin atau Rumi bagi bahasa Indonesia selepas Sistem Ejaan Rumi van Ophuijsen dan Sistem Soewandi. Sistem ejaan tersebut dirancang oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Dr. Prijono dan E. Katoppo. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan No. 44876/s bertarikh 19 Julai 1958, yang ditandatangani oleh Moehammad Yamin, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan pada waktu itu.
| BAHASA | Bahasa |
DODOMA | Dodoma (pend. 45 703) ialah sebuah bandar di pusat Tanzania. Pada tahun 1973, rakyat Tanzania mengundi memindahkan ibu negara dari pesisir bandar Dar es Salam ke Dodoma. Perpindahan ini dirancang selesai pada tahun 1990-an. Dodoma dipilih sebagai pusat bagi ibu negara baharu khusus disebabkan kedudukannya yang di tengah-tengah Tanzania. Untuk lokasi, lihat Tanzania (peta). | UMUM | |
TINDAKAN PANTULAN | Tindakan pantulan ialah pergerakan automatik atau luar kawal yang dicetuskan oleh rangsangan deria, seperti tusukan jarum pada kulit. Jika kita tersentuh dapur panas, kita akan tersentak sebelum kita sedar apa yang kita buat. Tindakan sebegini, yang tidak dirancang atau diputuskan sebelumnya, dikenali sebagai tindakan pantulan . Setiap pantulan membabitkan rangsangan yang menyebabkan gerak balas luar kawal. Dalam contoh di atas, dapur panas itu ialah ransangannya dan tersentak itu gerak balasnya. | UMUM | |
OATES, TITUS | Oates, Titus ( 1649–1705) ialah pelampau Protestan Inggeris. Pada tahun 1678, Oates mereka cerita tentang rancangan orang Katolik Roman untuk membunuh Raja Charles II dan menghancurkan Protestanisme. Oates mengakui bahawa dia mengetahui konspirasi yang dikenali sebagai Plot Popish , yang dirancang, katanya, oleh sekumpulan paderi Jesuit. Oates menjadi wira kerana mendedahkan rancangan sedemikian, dan ramai orang Katolik ditangkap dan sesetengahnya dibunuh. Tetapi, pada tahun 1685, dia telah didakwa kerana membuat sumpah bohong, dan telah dikenakan denda serta dipenjara. William III membebaskan Oates pada tahun 1689 dan memberinya pencen. Oates lahir di Oakham, England, di kaunti yang kini dikenali sebagai Leicestershire. | UMUM | |
EJAAN CADANGAN | EJAAN CADANGAN, sistem ejaan yang telah disusun oleh Hassan bin Ahmad, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Penyusunan sistem ejaan ini diusahakan kerana ejaan yang dirancang untuk digunakan bersama oleh Persekutuan Tanah Melayu dengan Indonesia belum dilaksanakan. Sistem ejaan yang disusun pada tahun 1971 ini adalah untuk kegunaan Dewan Bahasa dan Pustaka. | BAHASA | Bahasa |