TAMPAL HIAS | Tampal hias ialah proses hiasan yang digunakan dalam menjahit dan membuat pakaian. Ia termasuk menjahit potongan kain yang telah direka bentuk ke atas helaian yang lebih besar. Bahagian tepi helaian yang direka bentuk itu biasanya dilipat. Kemudian ia dijahit ke atas helaian kain yang besar dengan jahitan yang kecil dan tersembunyi atau jahitan hiasan. | UMUM | |
ORNITOPTER | Ornitopter ialah mesin yang direka bentuk untuk terbang dengan mengepakkan sayapnya seperti burung. Tiada sesiapa yang pernah berjaya membina ornitopter, tetapi manusia mengimpikan kenderaan demikian sejak zaman dahulu. | UMUM | |
AMBULANS | Ambulans ialah kenderaan yang direka bentuk khas untuk mengangkut orang sakit atau cedera. Kebanyakan ambulans ialah kenderaan bermotor yang dicat dengan lambang palang atau lambang khas yang lain. | UMUM | |
ABJAD PENGAJARAN AWAL | Abjad pengajaran awal (i.t.a.) ialah sistem
penulisan yang direka bentuk bagi memudahkan
orang ramai belajar membaca bahasa Inggeris.
| UMUM | Umum |
KARAVAN | Karavan ialah kenderaan beroda yang ditarik oleh kereta atau trak. Karavan direka bentuk khusus untuk digunakan sebagai tempat penginapan sementara sama ada bagi tujuan rekreasi atau perkhemahan. | UMUM | |
AMANAH OUTWARD BOUND | Amanah Outward Bound mengendalikan sekumpulan sekolah di Britain yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak-anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |
OUTWARD BOUND TRUST | Outward Bound Trust mengendalikan sekumpulan sekolah di United Kingdom yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak- anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain untuk menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |
KOMPUTER PERIBADI | Komputer peribadi ialah komputer meja atau komputer riba yang direka bentuk untuk kegunaan umum. Komputer jenis ini digunakan oleh individu, keluarga, sekolah, atau syarikat untuk merekodkan maklumat, menulis laporan, mempelajari perkara baharu, bermain permainan, mengatur cara, atau mengendalikan perkakas rumah. | UMUM | |
ALI-ALI | Ali-ali ialah sejenis senjata yang paling kuno. Kemungkinan, tarbil merupakan senjata yang pertama direka bentuk untuk melontar batu dengan lebih kuat berbanding dengan lontaran yang mampu dilakukan oleh manusia dengan tangan. | UMUM | |
PERATURAN KERAJAAN | Peraturan kerajaan ialah penyeliaan oleh kerajaan atau agensi kerajaan terhadap perniagaan milik persendirian atau aktiviti persendirian. Proses peraturan yang direka bentuk adalah untuk kepentingan awam. Agensi ini mengawal piawaian kesihatan dan keselamatan, harga, piawaian perkhidmatan, dan aspek perniagaan lain. Di negara perindustrian, kebanyakan industri tertakluk kepada beberapa peraturan. | UMUM | |