PENERBIT GUNUNG AGUNG | PENERBIT GUNUNG AGUNG, penerbit buku di Indonesia. Penerbit Gunung Agung ditubuhkan di Jakarta pada 3 Ogos 1953 oleh Tjio Wie Tay (kemudian bernama Haji Masagung), Darsjaf Rachman, H.B. Jassin, Usman Effendi dan Zuber Usman. Alamat terakhirnya ialah Jalan Kwitang No. 6, Jakarta 10240. Direktur penerbit ini ialah Haji Masagung (1953-1990) | SASTERA | Penerbitan |
PENERBIT SINAR HARAPAN | PENERBIT SINAR HARAPAN, penerbit akhbar dan buku di Indonesia. Penerbit ini ditubuhkan pada bulan Februari 1979 di Jakarta, sebagai salah satu usaha PT Sinar Kasih. Penerbit ini menerbitkan buku kanak-kanak, komik, sastera, sosiopolitik, hukum, falsafah, wanita, keluarga, ekonomi, ekologi, teknik dan politeknik. Antara pengarang Indonesia yang pernah menjadi editor penerbit ini ialah Satyagraha Hoerip, Julius R. Siyaranamual; Jajak MD, Korrie Layun Rampan dan Sides Sudyarto DS. Alamat terakhirnya ialah di Jalan Dewi Sartika No. 136-D, Jakarta 13630. Direktur utamanya sejak tahun 1979 ialah Aristides Katoppo. | SASTERA | Penerbitan |