Adrenalin ialah hormon yang dirembes oleh kelenjar adrenal. Ia juga dikenali sebagai epinefrina. Adrenalin membantu badan menyesuaikan diri dengan tekanan yang tiba-tiba. Apabila seseorang menjadi marah atau takut, kelenjar adrenal melepaskan adrenalin ke dalam darah. Hormon ini menyebabkan perubahan dalam badan untuk menjadikannya lebih cekap untuk “berlawan atau lari”. Contohnya, adrenalin meningkatkan kekuatan dan kadar denyutan jantung dan menaikkan tekanan darah. Ia juga mencepatkan penukaran glikogen kepada glukos yang memberikan tenaga kepada otot. |