ZITER | Ziter ialah sejenis alat muzik bertali yang terdiri daripada kotak kayu mendatar dengan 32 helai atau lebih tali atau dawai yang direntang memanjang. Untuk dimainkan, ziter diletak di atas meja. | UMUM | Konsep |
TENIS DIRAJA | Tenis diraja, juga dikenali sebagai tenis sebenar ialah bentuk tenis purba yang rumit. Ia pertama kali dimainkan oleh raja-raja Perancis kira-kira 600 tahun yang lalu. Pemain bermain di gelanggang tidak semukur yang berbumbung curam atau emper, bersangga, dilengkapi dedans (ruang berjaring untuk penonton) dan grille (ruang gelanggang). Suatu jaring direntang di tengah-tengah gelanggang. Di lantai terdapat pelbagai garisan dengan nama-nama tertentu seperti chase a yard worse than last gallery dan hazard chase the door. | UMUM | |
CANANG | CANANG, alat idiofon logam yang diketuk pada cembul di permukaannya untuk menghasilkan bunyi. Canang biasanya terdiri daripada dua biji gong kecil berbentuk mangkuk bercembul, direntang di atas dua utas tali atau rotan dan dipasang pada bingkai kayu. Diameter permukaan canang berukuran antara 15 cm hingga 20 cm. | BUDAYA | Alat/Alatan |