Anne, Saint, secara tradisi dianggap sebagai isteri Joachim dan ibu kepada Virgin Mary. Kisah mengenai kehidupannya ditemui hanya dalam buku yang keluarannya diragui, daripada Kitab Perjanjian Baru. Menurut kisah ini, seorang malaikat muncul di hadapannya dan mengumumkan bahawa anaknya akan direstui di seluruh dunia. Saint Anne mempunyai banyak makam yang didirikan untuknya. Salah sebuah makam yang paling terkenal ialah makam yang terletak berhampiran Quebec City, Kanada, iaitu makam Ste.-Anne-de-Beaupre. |