AMBIVALENS | Ambivalens ialah istilah psikiatrik bagi perasaan atau fikiran yang bercanggah tentang diri sendiri, orang lain atau sesuatu situasi. Perasaan ambivalens yang paling biasa termasuk cinta dan benci, penerimaan dan penolakan, serta penguasaan dan penyerahan. | UMUM | |
KEZAHIDAN | Kezahidan ialah amalan menahan diri atau menghukum diri sendiri, biasanya kerana tujuan agama. | UMUM | |
SEMANTIK | Semantik , dalam logik, ialah kajian tentang tanda dan simbol, termasuk perkataan, yang dikatakan bermakna. Ia juga adalah kajian mengenai bagaimana kelakuan manusia dipengaruhi oleh kata-kata, sama ada dituturkan oleh orang lain atau kepada diri sendiri dalam fikiran sendiri. Dalam filologi, iaitu kajian saintifik mengenai bahasa, semantik digunakan untuk dimaksudkan kajian sejarah mengenai perubahan makna perkataan. | UMUM | |
O'FLAHERTY, LIAM | O’Flaherty, Liam (1896–1984) ialah penulis novel dan cerpen Ireland. Dia menulis banyak karyanya dalam bahasa Gaelik dan menterjemahnya ke bahasa Inggeris. Kebanyakan fiksyen O’Flaherty menggambarkan dengan jelas landskap berbatuan yang gersang dan kampung-kampung terpencil Kepulauan Aran, tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. Karya lain, yang mencerminkan kehidupannya yang lebih terkemudian, memaparkan kemiskinan yang mencengkam kawasan bandar yang penduduknya mementingkan diri sendiri. | UMUM | |
SINDROM LESCH-NYHAN | Sindrom Lesch-Nyhan ialah sejenis penyakit keturunan yang jarang ditemui dan boleh mengakibatkan rencatan mental. Sindrom ini berpunca daripada kekurangan hipoksanthinaguanina fosforibosil transferas, sejenis enzim yang terdapat dalam semua sel badan. Enzim ini biasanya terdapat pada paras kandungan yang tinggi di dalam bahagian basal ganglia otak. Basal ganglia ini membantu mengawal pergerakan badan yang tidak disedari. Selain terencat mental, gejala sindrom ini juga merangkumi pergerakan yang tidak terkawal serta kecenderungan mencederakan diri sendiri. | UMUM | |
TOLAK BALA | TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri. | BUDAYA | Adat |
BUNUH DIRI | Bunuh diri ialah tindakan membunuh diri sendiri dengan sengaja. | UMUM | |
PELARIAN POLITIK | Seseorang yang melarikan diri ke negara asing untuk mendapatkan perlindungan daripada ditahan oleh pemerintah di negaranya sendiri. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
BUKAN BUNUH DIRI | BUKAN BUNUH DIRI, drama sebabak karya Dinsman yang ditulis pada tahun 1974. Drama ini dipentaskan kali pertama di Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975 oleh Badan Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka, atas arahan penulis sendiri. Drama ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Rahmah Bujang bersama-sama Nur Nina Zuhra dalam jurnal Malay Literature (Vol. 1, Julai, 1988) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
DESPOTISME | Despotisme ialah satu bentuk kerajaan yang ketuanya mempunyai kuasa yang tiada had terhadap rakyatnya. Despot tidak semestinya jahat dan zalim. Mereka mungkin baik dan bertimbang rasa, dan malah mereka mungkin meletakkan kebajikan rakyat mengatasi kepentingan diri sendiri. | UMUM | |