MALIGNANSI | Malignansi selalunya dirujuk sebagai tumor malignan atau kanser, dan bukannya tumor benigna (yang bukan kanser) (lihat Tumor). | UMUM | Umum |
POLIGAMI | Poligami lazimnya boleh dirujuk kepada satu sistem di mana seorang lelaki beristeri lebih daripada seorang pada suatu masa, atau kurang lazimnya, apabila seorang wanita bersuami lebih daripada seorang pada suatu masa. Perkataan poligami berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermaksud banyak perkahwinan . Sarjana menggunakan istilah poligami untuk menunjukkan lelaki yang beristeri lebih daripada seorang, dan poliandri untuk menunjukkan wanita yang bersuami lebih daripada seorang. | UMUM | |
ANTESEDEN | Anteseden ialah perkataan atau kumpulan perkataan yang dirujuk oleh kata ganti dalam sesuatu ayat. Anteseden boleh berada sebelum atau selepas kata ganti. Dalam ayat Venice is famous for its canals , anteseden Venice hadir sebelum kata ganti its . Dalam ayat At her best, Jill was unbeatable, anteseden Jill hadir selepas kata ganti her . | UMUM | |
MENSIANG | Mensiang ialah nama biasa bagi empat jenis tumbuhan rumput yang tinggi, halus. Mensiang juga boleh dirujuk kepada batang tumbuhan ini yang sering beruas di banyak tempat. Batangnya mungkin sehalus dan serapuh jerami, atau setebal dan setegap buluh. Empulur yang memenuhi bahagian tengah mensiang biasanya boleh dibuang, meninggalkan tiub berongga yang bersendi. Batang berongga ini digunakan untuk membuat alat muzik. | UMUM | |
MIR | Mir ialah damar harum yang diperah daripada pokok-pokok tertentu dan pokok renek tertentu. Mir yang dirujuk dalam Kitab Bible (Matt.2) terdapat di timur laut Afrika dan Timur Tengah. Damarnya diperah dan digunakan dalam gaharu, minyak wangi dan ubat. Satu lagi spesies mir di Timur Tengah, mir Mekah, adalah sumber salap Gilead. Pokok mir Afrika menghasilkan damar gam yang sama, yang dikenali sebagai bdelium dan digunakan untuk membuat varnis dan ubat. Pengelasan saintifik. Pokok yang menghasilkan mir tergolong dalam genus Commiphora. Mir dalam Kitab Bible ialah Commiphora abyssinica; salap Gilead diperoleh daripada C. opobalsamum; mir Afrika ialah C. africana. | UMUM | |
DIRAJA | Diraja ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan kuasa dan harta benda raja sebagai ketua kerajaan. Istilah ini dirujuk hanya kepada jawatan yang disandang oleh raja dan bukannya kepada raja itu sebagai seorang individu. | UMUM | |
SCARLATTI, ALESSANDRO | Scarlatti, Alessandro (1660–1725) ialah penggubah Itali yang terkenal dengan operanya. Scarlatti menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Naples dan selalu dirujuk sebagai pengasas sekolah opera Neapolitan yang berkembang maju pada tahun 1700. | UMUM | |
SELAT INGGERIS | Selat Inggeris ialah kawasan berair di antara England dengan Perancis yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Laut Utara. Selat sepanjang 563 kilometer ini lazimnya dirujuk sebagai Selat Inggeris. Lebarnya berbeza-beza dari kira-kira 35 kilometer hingga 160 kilometer. Bahagian yang paling sempit – di antara bandar Dover di England dengan bandar Calais di Perancis – ialah Selat Dover. | UMUM | |
SURUHANJAYA MONOPOLI DAN GABUNGAN | Suruhanjaya Monopoli dan Gabungan, menyiasat keadaan monopoli dan gabungan dalam industri dan profesion di Britain. Suruhanjaya ini beroperasi di bawah arahan ketua pengarah untuk perdagangan yang adil, dan setiausaha negara bagi perdagangan. Kes yang disiasat biasanya dirujuk kepada suruhanjaya oleh ketua pengarah kecuali dalam kes perbadanan berkanun yang mesti dirujuk kepada setiausaha negara dan menteri yang berkenaan. | UMUM | |
NAPALM | Napalm ialah serbuk yang digunakan untuk memekatkan petrol yang digunakan dalam peperangan. Apabila Napalm dicampurkan dengan petrol, petrol menjadi seperti agar-agar. Hasil daripada pemekatan petrol ini juga biasanya dirujuk sebagai napalm. | UMUM | |