Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disajikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEPIT

Sepit , juga dikenali sebagai penyepit, ialah

perkakas yang digunakan di banyak negara Asia

untuk memakan atau menghidangkan makanan.

Kebanyakan makanan di negara-negara ini

disajikan dalam ketul-ketul kecil, yang mudah

dikendalikan dengan sepasang sepit. Nama Cina

bagi sepit ialah kuaizi , iaitu permainan kata kuai ,

yang bermakna pantas dan juga ketul kecil.

Perkataan Inggeris chopstick bagi sepit mungkin

berasal daripada bahasa Inggeris pijin, iaitu dialek

yang digunakan oleh pedagang awal di China.

Chop bermakna pantas dalam bahasa Inggeris

pijin.

UMUM 
UMBUT

UMBUT, pangkal pucuk batang pokok palma seperti pokok kelapa, pokok pinang dan enau.  Umbut kelapa kerap dimasak dan disajikan sebagai lauk kenduri.  Ia dibuat masak lemak atau dimasak bersama-sama tulang lembu sebagai masak lemak berempah.  Umbut yang telah dimasak enak dimakan kerana ia lembut dan lemak kemanis-manisan.  Umbut juga boleh dibuat kerabu bersama-sama kerisik, udang dan bawang.

BUDAYAMakanan
KUZI

KUZI, makanan yang bahan utamanya ialah ayam atau kambing. Kuzi mempunyai pengaruh Arab dan popular di Johor, Kelantan dan utara Semenanjung. Kuzi kerap disajikan sebagai hidangan pengantin atau dijadikan lauk hantaran pengantin perempuan.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas