Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.sa.ka.ri.da] | ديساکاريدا

Definisi : (Bio) sekumpulan karbohidrat yg terdiri drpd dua gula monosakarida, mis maltosa dan sukrosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.sa.ka.ri.da] | ديساکاريدا

Definisi : sekumpulan karbohidrat yg terdiri drpd dua gula monosakarida, mis maltosa dan sukrosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disakarida


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAKARIDA

Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada

tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein

membentuk dua kelas yang lain. Sakarida

dikelaskan mengikut struktur kimianya.

Monosakarida, yang mempunyai struktur paling

ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang

didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain,

monosakarida tidak boleh terurai menjadi

karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat

dengan asid cair atau melalui tindakan enzim

tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja),

terdiri daripada dua molekul monosakarida yang

disambungkan dengan satu atom oksigen.

Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin

terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang

bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat

Karbohidrat. Lihat juga Kanji.

UMUM 

Kembali ke atas