Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disalin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN PERENCANA

Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan

percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan

lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula,

dalam bentuk bertaip. Mesin perencana

menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana

pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip

trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah

ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan

mudah dalam perjalanan perniagaan.

Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon

terbina dalam atau mikrofon berasingan yang

dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap

pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada

pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera

dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk

memainkan semula rencana, seorang jurutaip

meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan

pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon

telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai

transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan

unit berasingan.

UMUM 
HIKAYAT UPU DAENG MENAMBUNHIKAYAT UPU DAENG MENAMBUN, sastera sejarah. Naskhah ini pertama kali disalin daripada mikrofilem dalam bentuk tulisan Jawi oleh Zabidah Ahmad. Tidak ada maklumat tentang naskhah dan nama pengarangnya. Hikayat ini kemudian diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980.SASTERAKarya
SIRAT AL-MUSTAQIM

SIRAT AL-MUSTAQIM, kitab karya Nuruddin al-Raniri.  Kitab ini mula ditulis pada tahun 1634 hingga tahun 1644.  Sirat al-Mustaqim dipercayai kitab fikah yang pertama dalam bahasa Melayu.  Manuskrip asli tulisan tangan pengarang kitab ini hingga kini masih belum ditemui.  Salah satu salinan yang ada ialah salinan Lebai Polim Aceh, yang disalin pada tahun 1680.  salinan tersebut asalnya milik Sultan al-Mu’azzam Raja Yusuf Makanah, yang dihadiahkan kepada pangeran Anom Kesuma Negara dari Mempawah oleh Sultan Bone.  Pada tahun 1989, manuskrip ini dimiliki oleh Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan diberi nombor kelas MS 1102.  Manuskrip ini berukuran 20.5 cm x 16.8 cm, purata 19 baris setiap halaman, setebal 173 halaman.

SASTERAKarya
SYAIR SELINDUNG DELIMA

SYAIR SELINDUNG DELIMA, puisi Melayu tradisional.  Syair ini adalah sebuah syair romantis atau hikayat. Syair Selindung Delima juga dikenal dengan nama Syair Seri Bunian atau Syair Indera Laksana. Syair ini juga terdapat dalam bentuk prosa dengan judul Hikayat Selindung Delima. Salah satu naskhah syair ini tersimpan di Jakarta (Bat. Gen. 34) dan disalin di Bukittinggi pada tahun 1850 yang dipenuhi dengan perkataan Minangkabau. Naskhah ini juga pernah dicap batu di Singapura.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas