Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disambung

Puisi
 

Galah tak sampai disambung dua,
     Lancang tenggelam kita berenang;
Boleh jumpa dengan orang tua,
     Boleh abang kira meminang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Putus tali boleh disambung,
     patah arang mudah (= putus) sekali.

Bermaksud :

Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELEMPAR TUKUL BESI

Melempar tukul besi ialah acara sukan di mana

atlet melempar tukul (bola logam) sejauh yang

terdaya. Tukul yang digunakan seberat 16 paun

(7.257 kilogram). Pelempar memegang pemegang

yang disambung pada tukul dengan dawai keluli

sepanjang tidak lebih daripada empat kaki (1.2

meter). Atlet melempar tukul dari dalam satu bulatan

bergaris pusat tujuh kaki (2.1 meter).

UMUM 
MESIN TELETAIP

Mesin teletaip ialah mesin taip elektro mekanikal

yang menghantar denyutan elektrik melalui dawai

kepada alat penerima yang kemudiannya akan

mencetak mesej tersebut. Semasa jurutaip menekan

setiap mata taip pada alat penghantar, ia

mengaktifkan denyutan elektrik yang bertindak balik

menekan huruf yang sama pada penerima. Mesin

teletaip biasanya disambung secara bersiri dan

banyak alat penerima di berbagai-bagai tempat

seluruh dunia boleh dikendalikan dari satu alat

pemancar sahaja pada satu masa.

UMUM 
SASTERA BANDINGAN

SASTERA BANDINGAN, disiplin kajian  yang merangkumkan teori kritikan, sejarah kritikan dan pendekatan kritikan.  Disiplin sastera bandingan bermula di Perancis pada tahun 1829 ketika Vellemain memperkatakan buku  Anatomei comparee (1800) karya Cuvier.  Tradisi ini disambung pula di England pada tahun 1849 oleh Matthew Arnold.  Selepas itu penggunaannya semakin meluas ke Jerman dan Amerika Syarikat sehingga terbit dua mazhab yang kini dikenal sebagai mazhab Perancis dan mazhab Amerika.

SASTERAKonsep
SADAT, ANWAR AL-

Sadat, Anwar al- (1337–1402 H./1918–1981 M.)

ialah Presiden Republik Mesir bermula dari tahun

1970 sehingga meninggal dunia. Nama sebenarnya

ialah Muhammad Anwar al-Sadat. Dia lahir di

Mayyit Abu al-Kom, sebuah perkampungan di

Wilayah al-Manufiyah di Delta Sungai Nil. Dia

seorang siswazah Institut Ketenteraan Mesir pada

tahun 1938. Sadat bersama-sama dengan Abdul al-

Nasser dan tentera yang lain menyertai pertubuhan

rahsia yang dikenali sebagai Pertubuhan Tentera

Pembebasan. Pertubuhan ini bertujuan untuk

menumbangkan pemerintahan beraja yang tunduk

sepenuhnya kepada kuasa British dan ingin

membebaskan Mesir daripada penjajahan Britain

yang menguasai politik dan ekonomi. Sadat telah

dijatuhkan hukuman penjara kerana

penglibatannya yang aktif dalam aktiviti revolusi

pada tahun 1940-an. Pada tahun 1952, dia telah

memimpin gerakan revolusi yang telah

menumbangkan Raja Farouk. Setelah tamatnya

gerakan itu, Sadat memegang beberapa jawatan

penting dalam kerajaan.

Dia dilantik sebagai Ketua Dewan Rakyat dan

Ketua Editor Akhbar al-Jumhuriyyah. Seterusnya,

dia dilantik sebagai Naib Presiden Republik Arab

Mesir dari tahun 1964 hingga tahun 1967 dan

disambung semula pada tahun 1969 hingga tahun

1970.

UMUM 

Kembali ke atas