PNEUMONIA | Pneumonia ialah sejenis penyakit paru-paru disebabkan oleh inflamasi (keradangan). Hampir semua kes pneumonia berpunca dari jangkitan virus, bakteria, kulat atau lain-lain mikrob. Hanya sedikit sahaja kes yang disebabkan oleh reaksi alahan atau tersedut bahan kimia yang merengsa. Rencana ini akan membincangkan tentang pneumonia yang disebabkan oleh virus dan bakteria. | UMUM | |
OFTALMIA | Oftalmia ialah nama sejenis penyakit mata yang teruk yang menyerang selaput mata. Penyakit ini mungkin disebabkan oleh jangkitan, racun, atau kecederaan. Contohnya, Oftalmia neonatorum ialah jangkitan pada mata bayi yang baru lahir, biasanya disebabkan oleh kuman yang menyebabkan gonorea. Oftalmia simpatetik , yang jarang-jarang berlaku, merebak ke kedua-dua belah mata selepas kecederaan pada sebelah mata dan boleh menyebabkan buta. Lihat juga Buta (Penyakit). | UMUM | |
LOGAMAYA | Fenomena yang berlaku disebabkan oleh sifat cahaya yang boleh dibiaskan dan dipantulkan. | FIZIK | Konsep |
NADI | Nadi disebabkan oleh regangan arteri yang berlaku selepas setiap denyutan jantung. Ia boleh dirasa dengan meletakkan jari tangan pada pergelangan tangan atas dari ibu jari, pada arteri radial. Nadi juga boleh dirasa dengan menyentuh pelipis tempat terletak arteri temporal, dan di lain-lain tempat pada badan tempat arteri berhampiran dengan permukaan kulit. | UMUM | |
PENENGGELAMAN BUMI | Penenggelaman bumi yang disebabkan oleh faktor semula jadi atau tindakan manusia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
SKURVI | Skurvi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan asid askorbik (vitamin C) dalam diet. Jika seseorang tidak mendapat cukup vitamin C, sebarang luka yang dialaminya sukar sembuh dan mudah mengalami lebam. Dinding kapilari (saluran darah yang kecil) pesakit menjadi sangat lemah dan sekiranya terjadi sedikit tekanan sahaja boleh menyebab saluran darah tersebut pecah. Mulut dan gusi pesakit menjadi sakit. Gusi berdarah dan gigi menjadi longgar. Pesakit kehilangan selera makan, sendi mereka menjadi sakit, dan gelisah. Anemia juga boleh berlaku. | UMUM | |
KAKISAN | Kakisan ialah kemusnahan sesuatu bahan disebabkan oleh tindakan kimia sesuatu gas atau cecair. Kakisan berlaku terutamanya pada logam, tetapi ia juga boleh menjejaskan seramik. | UMUM | |
SELARAN MATAHARI | Selaran matahari ialah keradangan kulit yang menyakitkan disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari. Keadaan ini mungkin hanya merupakan sedikit kemerahan pada kulit, yang hilang dalam masa beberapa jam, atau bengkak, lecur, dan kemerahan yang teruk pada kulit, yang mengelupas sebelum ia sembuh. Selaran yang teruk boleh menyebabkan rasa sejuk, pitam, demam, dan lemah. Pendedahan yang berpanjangan dan berulang-ulang kepada cahaya matahari boleh juga menyebabkan ketuaan kulit sebelum masanya dan kanser kulit. | UMUM | |
LEPUH SEJUK | Lepuh sejuk ialah gugusan lepuh kecil yang disebabkan oleh virus yang dinamakan virus herpes simpleks . Lepuh sejuk boleh berlaku di mana-mana sahaja pada badan. Walau bagaimanapun, kebanyakannya kelihatan pada muka, terutamanya pada mulut atau berhampiran mulut. Dalam banyak kes, ia terjadi apabila seseorang itu mendapat selesema atau demam. | UMUM | |
MIELITIS | Mielitis ialah keradangan saraf tunjang atau sumsum tulang dan selalunya disebabkan oleh virus atau jangkitan lain. Poliomielitis ialah satu bentuk mielitis. Bentuk lain termasuk sklerosis berbilang dan penyakit anjing gila. Gejala penyakit mielitis selalunya termasuk sakit belakang dan lumpuh. | UMUM | |