SARANG | Sarang ialah tempat yang disediakan oleh haiwan untuk membesarkan anaknya. Lihat juga Burung (Membina sarang; gambar: Jenis sarang burung) ; Haiwan (Tempat tinggal); Lebah (koloni lebah madu); Penyengat; Semut (Sarang); Sup sarang burung; Tebuan; Tupai (tempat tinggal) . | UMUM | |
TEH | Teh ialah minuman yang disediakan dengan cara menuangkan air yang mendidih ke atas daun teh yang kering dan telah diproses. Teh menjadi minuman menyegarkan yang paling popular di kebanyakan negara. | UMUM | |
PAPRIKA | Paprika ialah perasa merah. Ia disediakan dengan mengisar lenggai kering lada yang dikenali sebagai lada benggala. | UMUM | |
PACMEN | Pacmen ialah kulit haiwan yang disediakan sebagai permukaan untuk penulisan. Perkataan pacmen biasanya bermaksud bahan penulisan yang dibuat daripada kulit kambing, kulit biri-biri atau kulit anak lembu. Bahan seperti ini sangat tahan. Skrol pacmen masih wujud semenjak kira-kira tahun 1500 SM. | UMUM | |
TAMAN | Taman. Kebanyakan taman merupakan sebidang tanah yang disediakan kepada orang awam untuk bersantai. Banyak taman digunakan untuk rekreasi atau sebagai tempat yang boleh dilawati oleh pelawat untuk berehat dalam persekitaran semula jadi. Sesetengah taman pula digunakan untuk acara kebudayaan dan pendidikan, sukan, rali, dan pesta. | UMUM | |
MINUMAN RINGAN | Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol, berperisa, yang disediakan dengan air bergas. Minuman ini dinamakan ringan untuk membezakannya daripada minuman keras (beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah minuman ringan yang paling banyak digunakan. Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren, anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di banyak negara di dunia. | UMUM | |
ARAHAN | Arahan , dalam undang-undang ialah set kertas kerja yang disediakan oleh peguam cara yang hendak dibawa oleh barrister ke mahkamah untuk merayu sesuatu kes. Istilah ini juga digunakan bagi mana-mana arahan yang diberi oleh klien kepada seorang profesional apabila memberi arahan kepadanya. Di Amerika Syarikat, arahan bagi sesuatu kes undang-undang dibuat secara ringkas. Arahan dikemukakan kepada mahkamah oleh setiap pihak, biasanya dalam kes rayuan. Ia sebagai menggantikan hujah mulut. | UMUM | |
SYURGA | Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat, yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa melakukan kebaikan. | UMUM | |
KARBORUNDUM | Karborundum (formula kimia, SiC) ialah nama dagang bagi silikon karbida, iaitu pelelas. Ia disediakan daripada pasir dan karbon. | UMUM | |
SUSU SEJAT | Susu sejat ialah susu manis penuh yang kirakira 60 peratus airnya telah dikeluarkan. Susu sejat disediakan dengan memanaskan susu penuh pasteur homogen dalam tangki vakum untuk menyejatkan airnya. Susu ini kemudiannya ditinkan, dikedapkan dan serta-merta disteril dengan haba. Tidak seperti susu pekat, susu sejat tidak ditambah dengan gula untuk mengawetnya, tetapi vitamin D sering ditambah untuk pemakanan. John Meyenberg, pereka berbangsa Switzerland, menerima paten pada tahun 1884 kerana pertama kali berjaya mencipta kaedah memekatkan susu tanpa menambah gula. Lihat juga Susu. | UMUM | |