ACTON, LORD | Acton, Lord (1834–1902), dianggap sebagai salah seorang sejarawan teragung pada tahun 1800-an. Dia menulis banyak esei, dan menjadi editor sebuah buku berpengaruh Cambridge Modern History . Acton amat disegani oleh sejarawan lain kerana kepintarannya, pertimbangannya, dan keilmuannya. Dia paling diingati atas kenyataannya, “All power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely”. (Semua kuasa terdedah kepada rasuah, dan kuasa mutlak terdedah kepada rasuah mutlak). | UMUM | |
ABU MUSLIM AL-KHURASANI | Abu Muslim al-Khurasani (? - ?), pejuang Islam dan ahli politik yang berkaliber dan disegani di Khurasan selepas kejatuhan pemerintah Bani Umaiyah dan ketika pemerintahan Bani Abbasiyah. | AGAMA | Tokoh |
TUNKU ANUM RAJA JAMBANGAN | TUNKU ANUM RAJA JAMBANGAN ( ? - 1853), pembesar empat Kedah, bergelar Seri Paduka Raja. Tidak diketahui dengan tepat tarikh kelahirannya tetapi semasa pendudukan Siam di Kedah (1821-1842), dia dianggap seorang tokoh tua yang disegani di Kedah. Nama penuhnya ialah Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman, keturunan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778). Bagaimanapun dia lebih dikenal dengan gelaran Tunku Paduka Raja Jambangan. Gelaran ini diperolehnya pada bulan Ogos 1809 apabila dilantik oleh Sultan Ahmad Tajuddin sebagai ketua utusan bunga mas dan perak. Dengan tugas ini dia dikehendaki mengetuai rombongan menghantar ufti ke Ligor sebelum dikirimkan ke Bangkok. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD | SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD (1884-1962), ulama dan cendekiawan Islam. Dia lahir pada 7 Ogos 1884 di Hadramaut, Yaman, Arab Saudi. Dia berasal daripada keturunan Arab Sayid Alawiyah. Sayid Alwi terdidik dalam keluarga ulama yang disegani. Bapanya, Tahir al-Haddad, adalah seorang tokoh ulama di Hadramaut. Sebelum sampai di Tanah Melayu, Sayid Alwi pernah menjadi kadi di Hadramaut. Dari Hadramaut dia berhijrah ke Somalia dan Kenya. Seterusnya, dia ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah. Kedatangannya ke Nusantara adalah hasil dorongan rakan karib keturunan Sayid Alawiyah yang sudah berada di rantau Nusantara sejak beberapa abad sebelumnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NAZAR NONG | NAZAR NONG, (1928-1994), pejuang anti-British. Dia lahir pada 25 Januari 1928, di Kuala Lipis, Pahang. Dia berasal daripada keturunan keluarga Tuk Gajah dan Mat Kilau, pahlawan Pahang yang berjuang bersama-sama Dato’ Bahaman menentang penjajah Britsh pada akhir abad ke-19. Bapanya, Mohammad Nong bin Abdul Rahman, penghulu yang disegani dan pernah berkhidmat di beberapa buah mukim termasuk Budu, Tembeling Tengah dan Kuala Tembeling d Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PAK MUSA | PAK MUSA ( ? - ? ), penentang penjajahan British di Sabah. Dia juga dikenal dengan nama Pahlawan Si Musa atau Musah. Dia berketurunan suku Bajau dan menjadi ketua daerah Paitan, bahagian timur laut Sabah. Pak Musa amat dihormati dan disegani oleh orang kampungnya dan juga orang British pada ketika itu. Dia dipercayai memiliki ilmu kebatinan dan kekuatan yang luas biasa. Dia adalah salah seorang pahlawan pribumi Sabah yang berjuang menentang penjajahan British di Sabah antara tahun 1775 hingga tahun 1910. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |