Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disekat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK NASSER

Tasik Nasser, terbentuk apabila air Sungai Nil

disekat oleh Empangan Tinggi Aswan di Mesir.

Tasik ini dinamakan sempena nama presiden

Mesir, Gamal Abdel Nasser. Empangan yang mula

beroperasi pada tahun 1968 itu terletak 684

kilometer ke selatan Kaherah. Tasik tersebut

dipenuhi air sepenuhnya pada tahun 1981. Tasik

Nasser meliputi kira-kira 4014 kilometer persegi.

Air dari tasik tersebut digunakan untuk mengairi

tanah ketika kekurangan air dan untuk menjana

kuasa hidroelektrik. Kuil Abu Simbel yang dibina

oleh firaun Ramses II, dipotong dari cenuram di

sepanjang Sungai Nil dan dialihkan ke tanah yang

lebih tinggi bagi mengelak daripada air yang naik

(lihat Kuil Abu Simbel ).

Lihat juga Empangan Tinggi Aswan.

UMUM 
KAWASAN LINDUNGAN HUJAN

Kawasan lindungan hujan berlaku apabila

laluan angin daratan yang lembap disekat oleh

banjaran gunung. Ketika angin menaik untuk

melintasi gunung, hujan turun di dataran pantai

dan lereng gunung. Angin yang kering kemudian

bertiup ke arah pedalaman tetapi hanya sedikit

hujan turun selepas banjaran gunung. Kawasan

kering yang terletak selepas pergunungan inilah

yang dikenali sebagai kawasan lindungan hujan.

UMUM 
AUTOKRASI

Autokrasi ialah bentuk kerajaan yang hanya

seorang memegang kuasa tertinggi. Pemegang

kuasa ini tidak boleh disekat, menurut undang-

undang, oleh mana-mana institusi atau kumpulan

rakyat daripada melakukan apa yang

dikehendakinya. Walau bagaimanapun, beberapa

pemimpin telah menggunakan

pertanggungjawaban umum dan pilihan raya untuk

menyembunyikan sikap autokrasi mereka.

UMUM 
PERSATUAN SEKERJA

Persatuan sekerja di Zaman Pertengahan ialah

persatuan orang yang mempunyai minat yang

sama, atau terlibat dalam tugas yang sama. Mereka

menubuhkan pertubuhan-pertubuhan amal,

keagamaan, dan sosial. Ahli persatuan keagamaan

membayar wang untuk tabung bersama. Ahli yang

memerlukan pertolongan disebabkan sakit atau

untuk kegunaan masa tua menerima bantuan yang

dikenali sebagai sedekah. Persatuan ini

mengadakan upacara mass (upacara orang yang

beragama Katolik) untuk ahli yang meninggal

dunia. Pada tahun 1500-an, aktiviti persatuan

keagamaan ini disekat di England.

UMUM 

Kembali ke atas