Sipres adalah mana-mana satu daripada sekumpulan pokok dan pokok renek malar hijau yang tumbuh di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Terdapat kira-kira 13 spesies sipres. Sipres mudah sesuai dengan iklim panas dan ia biasanya ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Daunnya kecil, bak sisik yang tumbuh bertangkai lebat berbentuk kipas tangan. Konnya yang berbentuk glob diselaputi sisik berkayu yang kelihatan seperti perisai kecil. Kayunya berwarna perang cerah, tahan lama dan berbau kuat seperti bau sedar. |