AKTA KAWALAN HARGA 1946 | Akta Kawalan Harga 1946, akta yang membenarkan pengawalan harga bagi semua jenis barang oleh pihak berkuasa. Akta ini telah digubal pada tahun 1946 dan disemak pada tahun 1973. | UNDANG-UNDANG | Akta |
KAMUS INDONESIA-PERANCIS | KAMUS INDONESIA-PERANCIS, kamus dwibahasa yang disusun oleh Pierre Labrousse. Judul asal kamus ini ialah Dictionnaire General Indonesian – Francais yang menggunakan bahasa Perancis. Edisi bahasa Perancisnya diterbitkan oleh Association Archipel, Paris (1984) dan edisi dalam bahasa Indonesia diterbitkan oleh Penerbit PT Gramedia, Jakarta (1985). Kamus Umum Indonesia - Perancis ini pertama kali diusahakan di Indonesia pada tahun 1973 oleh Farida Soemargono. Naskhah awalnya telah disemak oleh winarsih Arifin dan Henri Chambert-Loir dengan kerjasama Pusat Bahasa, Jakarta. Selepas itudimulakan penyelidikan untuk mencari kata-kata baru bahasa Indonedia. | BAHASA | Penerbitan |