ESKROW | Eskrow ialah wang tunai, dokumen, atau harta benda lain yang diserahkan kepada seseorang untuk diserahkan kepada seseorang lain apabila syarat tertentu telah dipenuhi. Pemegang harta ini digelar sebagai wakil eskrow atau pemegang eskrow. | UMUM | |
SYIAH | Syiah. Syiah ialah satu kumpulan orang Islam yang berpendapat bahawa kepimpinan negara (imamah atau khilafah ) bukan lagi satu keperluan umum yang diserahkan kepada orang ramai untuk menentukannya, malah ia menjadi satu rukun dan satu daripada prinsip agama Islam. Oleh yang demikian, mereka beranggapan bahawa adalah tidak wajar Rasulullah s.a.w. meninggalkan urusan ini atau menyerahkannya untuk diselesaikan sendiri oleh umat Islam. Baginda wajib menentukan imamah yang akan mentadbir urusan orang Islam. Lalu kumpulan ini membuat andaian bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah mewasiatkan imamah kepada Sayidina Ali ibn Abu Talib sebagai pengganti Baginda. | UMUM | |
PUSAT PENYELIDIKAN HAJI | Pusat Penyelidikan Haji ialah sebuah pusat pendidikan yang membuat kajian menyeluruh tentang proses pelaksanaan haji di Makkah al- Mukarramah dan al-Madinah al-Munawwarah. Hasil kajian ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa. | UMUM | |
PERJANJIAN ADAMS-ONIS | Perjanjian Adams-Onis atau Perjanjian Rentas Benua , merupakan perjanjian antara Amerika Syarikat dan Sepanyol. Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1819, kawasan yang kini Florida diserahkan kepada Amerika Syarikat. Amerika Syarikat juga mendapat sejalur kawasan yang kini termasuk dalam negeri Alabama dan Mississippi . | UMUM | |
PERTEMPURAN QUEBEC | Pertempuran Quebec, menentukan nasib empayar Perancis di Amerika. Kekalahan Perancis di Quebec pada tahun 1759 membawa kepada Perjanjian Paris pada tahun 1763, yang menyebabkan Kanada dan semua tanah jajahan Perancis di timur Sungai Mississippi diserahkan kepada Britain. | UMUM | |
PENGAMBILAN SABAH | PENGAMBILAN SABAH, penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Borneo Utara (Sabah). Borneo Utara adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei yang diserahkan kepada British pada akhir abad ke-19. Sebelum itu, sebahagian daripada wilayah ini telah diserahkan kepada Kesultanan Sulu setelah Sulu membantu Brunei mengamankan perang saudara yang berlaku di Brunei pada pertengahan abad ke-18. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
DATO' BAHAMAN | DATO’ BAHAMAN (1838- ?), orang besar Pahang yang menyebelahi Wan Ahmad dalam rebutan kuasa di Pahang pada abad ke-19. Bahaman anak kepada Tuanku Imam Noh dengan Rokiah binti Tuk Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Tuanku Imam Noh dipercayai berasal dari Kampar, Sumatera. Ketika kecil, Bahaman diserahkan kepada Bendahara Pahang, Wan Ali dan dia berkawan dengan Wan Ahmad, putera Bendahara Wan Ali. Bahaman mahir dalam bidang perburuan, bermain gasing, berlaga buah keras dan bermain sepak raga. Bahaman bersama-sama Wan Ahmad menjual ikan dan garam kepada penduduk di Hulu Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TANJUNG PUTUS | TANJUNG PUTUS, pulau kecil yang pernah menjadi kubu Belanda di Perak. Ia terletak di Sungai Perak, lebih kurang 60 km dari Kuala Perak. Pulau ini telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada tahun 1746 apabila gabenor Albinus mengadakan perjanjian dengan Perak yang menjamin hak monopoli bijih timah oleh Belanda. VOC mendirikan kubunya yang pertama di Pulau Pangkor, tetapi pada tahun 1748 telah memindahkan pos tersebut ke Tanjung Putus. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DATU ALI | DATU ALI (? -1909), pemimpin Islam di Cotabato, Filipina Selatan pada akhir abad ke-19. Datu Ali dan Datu Piang ialah orang kanan Datu Uto. Pengaruh Sepanyol yang semakin meluas dan kuat menyebabkan kuasa politik Datu Uto menjadi lemah dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Penguasaan Sepanyol ke atas Filipina berakhir apabila Perjanjian Paris 1898 dimeterai dan Filipina diserahkan kepada Amerika. Tindakan Sepanyol meninggalkan Cotabato menimbulkan keadaan huru-hara dan ketegangan di kalangan penduduk Cotabato yang beragama Kristian apabila datu-datu di Cotabato berebut-rebut untuk meluaskan kuasa mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
GEYLANG SERAI | GEYLANG SERAI, kediaman orang Melayu sejak pertengahan tahun 1800 (yang terletak di daerah Timur Singapura). Dua pertiga daripada tanah kawasan tersebut (600 ekar) dimiliki oleh Syed Abdul Rahman Alsagoff, saudagar Arab, dan keluarganya. Pada masa itu, kawasan tersebut dikenal sebagai ‘Preseverence Estate’. Apabila estet tersebut diserahkan kepada seorang pegawai Inggeris untuk dibangunkan secara lebih teratur, serai mula ditanam secara besar-besaran. Sejak itu timbul nama Geylang Serai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |