GENTIAN SELANJAR | Kaedah penghasilan komposit bergentian mr=enggunakan gentian selanjar yang telah direndam atau telah diserap terlebih dahulu dengan resin polimer | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
KEMABUKAN | Kemabukan ialah suatu keadaan apabila badan mengalami keracunan akibat toksin atau narkotik, alkohol, ataupun dadah yang lain. Bahan tersebut diserap ke dalam darah dan dibawa ke seluruh bahagian badan. | UMUM | |
RACUN | Racun ialah sebarang bahan yang boleh membunuh atau menyebabkan kesakitan kepada benda hidup. Ia memasuki badan dengan cara menelan, menyedut baunya, suntikan dan diserap oleh membran kulit. Kajian tentang racun dikenali sebagai toksikologi, dan banyaknya racun disebut toksin. | UMUM | |
SUMER | Sumer, sebuah kawasan purba di selatan Mesopotamia (kini tenggara Iraq), iaitu tempat lahir tamadun dunia yang pertama. Tamadun ini bermula lebih kurang pada tahun 1500 S.M. dan berkembang hingga lebih kurang tahun 2000 S.M. Ia kemudian diserap oleh empayar Babylon dan Assyria yang hebat. Orang Sumer mencipta sistem penulisan pertama dunia, iaitu satu set perkataan bergambar. Sistem ini berkembang menjadi sejenis tulisan yang dikenali sebagai tulisan pepaku. Ia menggunakan simbol yang terdiri daripada tanda-tanda segi tiga. Tulisan pepaku ini digunakan untuk menulis pelbagai bahasa di seluruh kawasan barat daya Asia pada zaman purba. | UMUM | |
KALORIMETER | Kalorimeter, peranti untuk mengukur kuantiti haba yang diserap atau dibebaskan oleh sesuatu tindak balas kimia. | KIMIA | Alat/Alatan |