PESTALOZZI, JOHANN HEINRICH | Pestalozzi, Johann Heinrich (1746–1827) ialah guru dari Switzerland yang menjadi perintis pendidikan moden. Kebanyakan ideanya telah diserapkan dalam amalan dan teori pendidikan hari ini. | UMUM | |
PEMINJAMAN BAHASA EROPAH | PEMINJAMAN BAHASA EROPAH, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Hubungan rapat antara Nusantara dengan Eropah dari segi ekonomi berlaku semenjak 2000 tahun dahulu. Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dalam sistem ekonomi itu dipengaruhi dan mempengaruhi bahasa lain. Sesungguhnya, kata-kata Eropah sudah lama diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui bahasa lain, terutamanya melalui bahasa Arab. Misalnya, perkataan ‘falsafah’ yang dipinjam daripada bahasa Arab sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani. Begitu juga beberapa nama tempat dan orang yang terdapat dalam Sejarah Melayu , umpamanya Rom, Makaduniah dan Iskandar, berasal daripada bahasa Yunani.
| BAHASA | Konsep |
STANDARD OIL COMPANY | Standard Oil Company. Pada tahun 1859, Edwin L. Drake, pesara pengendali landasan kereta api, pertama kali berjaya menggali telaga minyak secara komersial di Amerika Syarikat, berhampiran Titusville, Pennsylvania. Empat tahun kemudian, John D. Rockefeller menceburi diri dalam industri minyak. Rockefeller menyertai siri perkongsian hingga ke tahun1870, apabila pegangan dan sekutu rapatnya diserapkan ke dalam syarikat Standard Oil Company dari Ohio. | UMUM | |
POKOK DAUN LURUH | Pokok daun luruh ialah nama bagi mana-mana pokok yang daunnya luruh pada masa tertentu setiap tahun dan kemudian tumbuh daun baru. Di kawasan sederhana di utara, kebanyakan pokok daun luruh gugur daunnya pada musim luruh. Ranting dan dahan akan tinggal gondol sepanjang musim sejuk. Pada musim bunga berikutnya, tumbuh daun baru berwarna hijau pada pokok. Sebelum daun mati, bahan makanan yang terkandung dalam daun diserapkan semula kepada ranting dan dahan. Di situ, ia disimpan dan digunakan pada musim bunga berikutnya. Pokok daun luruh biasanya mempunyai daun yang lebar. Pokok demikian termasuk ash, bic, birch, mapel dan oak. Pokok larch adalah pokok daun luruh yang biasa yang mempunyai daun jejarum. | UMUM | |
TUNKU MOHAMED TUNKU BESAR BURHANUDDIN | TUNKU MOHAMED TUNKU BESAR BURHANUDDIN, Tan Sri (1914-1995), diplomat dan Ketua Setiausaha Negara yang ketiga (1969-1970). Dia lahir pada 19 April 1914 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Dia mendapat pendidikan awal di Seri Menanti sebelum melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala Kangsa (MCKK), Perak. Pada tahun 1934, Tunku Mohamed memasuki Malay Administrative Service (MAS). Kemudian dia diserapkan ke Malayan Civil Serive dan memegang jawatan pentadbir pada peringkat negeri dan Persekutuan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN | UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN, peralatan yang dipakai dan dikuatkuasakan bagi orang Islam di Malaysia. Undang-undang perkahwinan dan perceraian yang melibatkan orang Melayu pada peringkat awal hanya diketahui melalui adat istiadat serta kelaziman yang diterima pakai pada masa dan ketika itu. Undang-undang yang terpakai atau yang digunakan secara asasnya ialah undang-undang Islam, memandangkan orang Melayu beragama Islam. Ini merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan syarat-syarat sah perkahwinan seperti agama, umur, wali dan sebagainya. Di samping itu juga ia disulam dengan undang-undang adat seperti adat temenggung dan adat perpatih yang menjadi amalan sesetengah masyarakat pada suatu ketika dahulu, yang juga dikatakan bersumberkan hukum syarak. Selain itu terdapat juga unsur-unsur lain yang diserapkan dalam upacara perkahwinan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |