Surah al-Jathiyah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-45 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 37 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Jathiyah (yang berlutut) berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan (pada Hari Kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa-apa yang kamu telah kerjakan”. (Surah al-Jathiyah 45:27) |