| TEKSI | Teksi ialah kereta untuk disewa. Ia merupakan sebahagian daripada sistem pengangkutan yang penting di kota atau bandar moden. Undang-undang tempatan biasanya menetapkan kadar yang maksimum untuk teksi. Hampir kesemua teksi menggunakan meter yang menunjukkan tambang bagi jarak yang dilaluinya. Alat ini dicipta oleh Wilhelm Bruhn pada tahun 1891. Sesetengah bandar mempunyai tambang teksi mengikut zon. Teksi boleh mengenakan tambang tambahan apabila melalui sebuah zon ke zon yang lain. Lihat juga Beca; Lanca. | UMUM | |
| SEWA | Sewa biasanya merujuk kepada bayaran untuk menggunakan sesuatu, contohnya rumah. Tetapi barang lain juga boleh disewa seperti kereta atau kostum pakaian beragam. Istilah sewa dalam ekonomi, mempunyai makna teknikal dan sering digunakan hanya untuk tanah. Rencana ini membincangkan sewa ekonomi . | UMUM | |
| AL-BAI UL-TAKJIRI | Al-Bai ul-Takjiri ialah prinsip syariah yang digunakan dalam urusan pindah milik harta yang disewa. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |