PANTEON | Panteon ialah kuil purba yang dipelihara dengan baik di tengah Rom. Panteon disiapkan semasa pemerintahan Maharaja Rom bernama Hadrian pada kira-kira tahun 126 M. | UMUM | |
KATEDRAL MILAN | Katedral Milan di Milan, Itali ialah gereja ketiga terbesar di Eropah. Gereja yang terbesar ialah Saint Peter’s di Rom, diikuti dengan katedral di Seville, Sepanyol. Batu asasnya diletakkan oleh Gian Visconti pada tahun 1385. Dari tahun 1805 hingga tahun 1813, katedral ini disiapkan atas arahan Napoleon I. | UMUM | |
MENARA CONDONG PISA | Menara Condong Pisa ialah sebuah menara loceng yang terletak di Pisa, Itali. Strukturnya terkenal kerana kecondongannya sebanyak 4.4 meter daripada garisan asal apabila diukur daripada tingkat ketujuh. Menara ini condong kerana tapak asasnya telah dibina di atas tanah yang tidak stabil. Pembinaan menara berkenaan bermula pada tahun 1173 dan telah disiapkan antara tahun 1360 dan 1370. Tanah di bawah menara berkenaan mula terbenam selepas tiga tingkat pertama siap dibina. Menara berkenaan ditutup pada awal tahun 1990-an bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan dengan segera. | UMUM | |
AUGSBURG | Augsburg (pend. 125 193) ialah bandar komersial dan perindustrian di selatan Jerman. Untuk lokasinya, lihat Jerman (peta politik). Augsburg terkenal kerana bangunan Zaman Pertengahan dan Zaman Renaissance yang terpulihara baik. Banyak mercu tandanya termasuk katedral Augsburg, yang dibina sejak tahun 900-an M.; dan dewan perbandaran yang disiapkan pada tahun 1620. Beberapa bangunan Zaman Renaissance yang indah terletak di Maximilianstrasse dan Karolinenstrasse, dan dua batang jalan yang terkenal di pusat bandar. Kilang di Augsburg membuat keluaran seperti bahan kimia, barang elektronik, jentera, dan tekstil. | UMUM | |
NASH, JOHN | Nash, John (1752–1835) ialah arkitek dan pereka landskap Inggeris. Di bawah naungan Putera Wales, yang kemudian menjadi Raja George IV, Nash merubah semula pelan Taman Regent di kawasan London menjadi sebuah taman landskap yang luas. Taman ini dibahagikan oleh jalan-jalan yang besar dan disempadani oleh vila di setiap bahagian tepinya. Regent Street, Waterloo Place dan Carlton House Terrace disiapkan antara tahun 1810 hingga tahun 1830. Tetapi rekaannya yang selebihnya ditinggalkan kerana masalah kos. Nash lahir di London. Dia turut mengendalikan beberapa buah projek lain termasuklah Buckingham House (kini Istana Buckingham), Marble Arch dan Brighton Pavillion. | UMUM | |
TAJ MAHAL | Taj Mahal ialah salah satu daripada makam yang tercantik dan termahal di dunia. Maharaja India, Shah Jahan memerintahkan pembinaan makam untuk memperingati isteri yang dikasihinya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia pada tahun 1629. Makam ini terletak berhampiran bandar raya Agra di bahagian utara India, di sebelah selatan tebing Sungai Jumna. Lebih kurang 20 000 orang pekerja telah diambil untuk membinanya dan ia telah disiapkan selepas lebih kurang 20 tahun, iaitu kira-kira pada tahun 1650. | UMUM | |
KITAB PEMIMPIN JOHOR | KITAB PEMIMPIN JOHOR, buku yang ditulis oleh Muhammad Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi pada tahun 1871, tetapi tidak dapat disiapkan kerana pertama, penulisnya tidak berpuas hati dengan kandungan buku tersebut sama ada sudah mencukupi dan peraturan-peraturan yang ditulis itu tepat; kedua, banyak pekerjaan jawatankuasa yang perlu dijalankan oleh penulis. Oleh itu, penulis tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap buku ini. | BAHASA | Bahasa |
TEROWONG SAINT GOTTHARD | Terowong Saint Gotthard ialah dua buah terowong – terowong jalan raya dan terowong kereta api melalui Pergunungan Alps di selatan Switzerland . Terowong jalan raya, dikenali Terowong Jalan St. Gotthard ialah terowong kenderaan bermotor terpanjang di dunia yang panjangnya 16.3 kilometer. Terowong kereta api pula sepanjang 15 kilometer. Kedua-dua terowong ini hampir selari sejauh 1200 meter di atas aras laut. Kedua-duanya menyediakan laluan mudah bagi melintasi Lepontine Alps menggunakan laluan di antara Zurich , Switzerland, dengan Milan di utara Itali. Untuk lokasi, lihat Switzerland (peta). Terowong kereta api dibina antara tahun 1872 hingga tahun 1882. Terowong jalan raya disiapkan pada tahun 1980. | UMUM | |
TEROWONG FRÉJUS | Terowong Fréjus ialah dua terowong – satu terowong bagi kereta api dan satu lagi terowong jalan raya yang menghubungkan wilayah Turin di Itali dengan wilayah Savoy di Perancis. Terowong ini merentasi Puncak Fréjus di Pergunungan Alps. Terowong kereta api yang dibina antara tahun 1857 dan tahun 1871, ialah terowong pertama merentasi Banjaran Alps. Alat penggerudi dan pemampat udara digunakan pertama kali dalam pembinaan terowong ini. Panjang terowong kereta api ini ialah 13.7 kilometer. Pada mulanya ia dikenali sebagai Terowong Gunung Cenis, iaitu sempena nama tempat kereta api ini dibina. Terowong jalan raya disiapkan pada tahun 1980 dan panjangnya 13 kilometer. | UMUM | |
AVON | Avon ialah kaunti di barat daya England. Ia wujud dari tahun 1974 hingga 1996. Kaunti ini termasuk bandar pelabuhan bersejarah di Bristol dan merupakan bahagian selatan Gloucestershire dan bahagian utara Somerset. Bandar Bath yang indah terletak di kawasan ini. Seni bina teresnya dan permandian Rom telah menjadikannya terkenal sebagai tempat pelancongan. Sungai Avon, yang darinya kaunti ini mendapat namanya, mengalir melalui bahagian tengah kawasan ini. Ia memotong laluan yang menakjubkan di Clifton Gorge. Terentang di tengah gaung ialah Jambatan Gantung Clifton, yang direka oleh Isambard Kingdom Brunel dan telah disiapkan pada tahun 1864. | UMUM | |