AUTOGIRO | Autogiro ialah sejenis pesawat yang lebih berat daripada pesawat udara yang disokong di udara oleh sebuah rotor dan bukannya sayap yang terpasang tetap, sebagaimana yang terdapat pada kapal terbang. Kebanyakan autogiro mempunyai sayap pendek, kontot untuk perimbangan. Rotor autogiro berputar dengan sendirinya apabila ia melalui udara. Pesawat ini berbeza daripada helikopter, yang rotornya digerakkan oleh sebuah enjin. Tujuan utama enjin autogiro ialah menghasilkan tolakan yang menarik kenderaan itu meluncur di udara. | UMUM | |
PERJANJIAN EDINBURGH | Perjanjian Edinburgh (1560) menamatkan perang saudara di Scotland antara pihak Protestan Scotland dengan Roman Katolik Scotland yang disokong oleh Perancis. | UMUM | |
MOTOR ELEKTRIK LINEAR | Motor elektrik linear ialah alat yang digunakan terutamanya untuk menggerakkan kenderaan laju tinggi yang tidak menggunakan roda. Kenderaan demikian disokong oleh magnet atau kusyen udara. Motor elektrik linear juga digunakan untuk membuka dan menutup gate dan mengendalikan pelancar roket dan laluan pejalan kaki bergerak. | UMUM | |
ZEPPELIN, FERDINAND VON | Zeppelin, Ferdinand von (1838–1917) ialah perintis Jerman yang masyhur yang mencipta kenderaan yang lebih ringan di udara. Dia mencipta pesawat udara daripada beg gas, yang disokong oleh kerangka ringan di bahagian dalamnya. Pesawat udara ini dikuasai dan dikawal oleh enjin. | UMUM | |
STREETON, SIR ARTHUR | Streeton, Sir Arthur (1867–1943), pelukis landskap Australia yang paling terkenal dari tahun 1920 hingga tahun 1940. Dia ialah ahli kumpulan Aliran Heidelberg. Dia mencerminkan prinsip-prinsip yang disokong oleh Tom Roberts. Ciri utama landskap dalam lukisan minyaknya adalah penggunaan warna biru yang menyerlah dengan keemasan dan coretan berus empat segi yang menyebabkan terbatasnya penghargaan terhadap karyanya di London. Lukisannya The Purple Noon’s Transparent Might dan lukisan-lukisannya yang lain tentang desa Sungai Hawkesbury membuatkannya terkenal di Australia. Namun karyanya yang terawal, Still Glides the Stream, yang kini berada di Art Gallery New South Wales, Sydney, dianggap sebagai karyanya yang terbaik. | UMUM | |
PERANG SAUDARA IRELAND | Perang Saudara Ireland tercetus antara penyokong dan penentang perjanjian Anglo- Ireland yang ditandatangani pada bulan Disember 1921. Peperangan itu berlarutan dari bulan Januari 1922 hingga Mei 1923. Tentera kerajaan yang menyokong perjanjian memenangi peperangan yang juga disokong oleh majoriti orang Ireland. Kemenangan mereka menjamin hidupnya demokrasi berparlimen dan menyingkirkan ancaman pemerintahan diktator oleh tentera yang diinginkan oleh sebahagian pejuang yang anti- perjanjian tersebut. Peperangan itu meninggalkan kenangan pahit yang mempengaruhi parti politik Ireland sehingga kini. | UMUM | |
KEKUDA | Kekuda dalam kejuruteraan, ialah struktur yang digunakan untuk menyokong jalan raya yang merentangi lembah atau persimpangan. Kekuda kayu yang diperbuat daripada tiang tinggi yang disambungkan dengan dawai dan penyokong, biasanya lebih murah daripada membina jambatan. Dalam pertukangan kayu, kekuda ialah alang yang berkaki. Ia digunakan untuk menyokong kerja. Sesetengah meja dan papan lukis disokong oleh rangka yang dinamakan kekuda. | UMUM | |
TEMBOK BERLIN | Tembok Berlin dibina pada tahun 1961 untuk membahagikan dua bahagian kota Berlin – bahagian komunis di Berlin Timur, dan bukan Komunis di Berlin Barat. Berlin berada jauh di wilayah di bawah kuasa Komunis, di Berlin Timur, tetapi pasukan berikat Barat di Jerman Barat menguasai Berlin Barat. Jerman Timur yang disokong oleh Kesatuan Soviet, membina Tembok Berlin untuk menghalang orang Jerman Timur berhijrah ke Jerman Barat. | UMUM | |
METER WATT | Meter watt ialah alat yang digunakan untuk mengukur kuasa elektrik. Jenis meter watt yang paling biasa digunakan dikenali sebagai meter watt elektrodinamik . Meter watt elektrodinamik ini mempunyai dua gegelung dawai. Satu gegelung tetap disusun untuk menerima arus daripada litar yang hendak diukur. Satu gegelung boleh bergerak , yang disokong oleh paksi yang bertatah manikam yang membolehkannya berputar, disusun untuk menerima arus yang berkadaran dengan voltan pada litar yang hendak diukur. | UMUM | |
AQUINO, CORAZON | Aquino, Corazon (1933– ), presiden wanita yang pertama bagi Filipina. Dia memegang jawatan presiden dari tahun 1986 hingga tahun 1992. Dia menggantikan Presiden Marcos. Kedua-dua Aquino dan Marcos mendakwa kemenangan dalam pilihan raya penuh dengan penipuan dan keganasan. Tetapi Marcos lari ke luar negara apabila ramai rakyat Filipina yang disokong oleh pegawai tentera, menuntut perletakan jawatannya. Aquino kemudian menjadi presiden. | UMUM | |