Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disunting

Puisi
 

Bungasena di hujung ranting,
     Ditiup angin gugur ke lain;
Jika bunga tak hendak disunting,
     Boleh dibuat peraksi kain.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STEINEM, GLORIA

Steinem, Gloria (1934– ) ialah pengarang

Amerika dan penyokong kuat pergerakan

kebebasan wanita di Amerika Syarikat. Dia telah

berkempen untuk mendapatkan hak wanita dalam

pekerjaan, politik, dan kehidupan sosial. Pada

tahun 1972, Steinem menerbitkan majalah Ms.,

iaitu sebuah majalah yang diterbitkan dan disunting

oleh wanita. Majalah tersebut mengandungi

rencana berkenaan peluang kerjaya dan cara

hidup yang lebih bermakna bagi wanita.

UMUM 
BUSTAN ARIFINBUSTAN ARIFIN, majalah pertama dalam bahasa Melayu yang diterbitkan di Melaka oleh Anglo Chinese Press pada tahun 1821.  Majalah ini telah disunting oleh Claudius Henry Thomsen, seorang mubaligh Kristian berbangsa Denmark dengan bantuan Abdullah Munsyi.  Judul majalah ini diterbitkan dalam dua bahasa. SASTERAPenerbitan
SYAIR NYAMUK DAN LALAT

SYAIR NYAMUK DAN LALAT, puisi Melayu tradisional.  Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Syair ini menyindir seorang gadis yang enggan disunting oleh seorang pemuda yang lebih tinggi kedudukannya.

SASTERAKonsep
KENANG-KENANGAN SELANGOR

KENANG-KENANGAN Selangor, buku salasilah dan adat istiadat pemerintahan Kesultanan Selangor.  Buku ini ditulis oleh Wan Mohd. Amin Wan Mohd. Said, Dato' Amar Diraja Penghulu Istiadat Selangor Darul Ehsan.  Buku ini diterbitkan pada bulan Julai 1937 oleh The New Klang Press, Edisi kedua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1966)) dalam tulisan Rumi, dengan judul Pusaka Selangor dan disunting oleh Abdul Samad Ahmad.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
MALAY-INDONESIAN SYNONYMS

MALAY-INDONESIAN SYNONYMS, kamus pertama yang menerangkan perbezaan antara bahasa Melayu (BM) yang dituturkan di Brunei, Malaysia dan Singapura dengan bahasa Indonesia (BI). Malay-Indonesian Synonyms atau Comparative Dictionary of Malay Indonesian Synonyms, diterbitkan oleh Time Books International, Kuala Lumpur pada tahun 1991. Kamus ini disusun oleh Dr. Leo Suryadinata dan disunting oleh Profesor Dr. Abdullah Hasan.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas