Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditakluki


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROVINSI

Provinsi pada zaman Rom, ialah kawasan yang

ditakluki dan diperintah oleh seorang pegawai dari

Rom. Kemudiannya negeri-negeri merdeka yang

bersatu untuk membentuk sebuah negara biasanya

menamakannya provinsi. Contohnya ialah Provinsi

Bersatu Holland. Kemudiannya, negeri-negeri yang

merdeka juga dibahagikan kepada wilayah yang

dikenali sebagai provinsi.

UMUM 
TASIK XOCHIMILCO

Tasik Xochimilco, tasik yang menyerupai paya di

Mexico City, Mexico, terkenal kerana terdapat “taman

terapung”. Menjelang waktu wilayah tersebut

ditakluki oleh Sepanyol pada tahun 1521, Orang Asli

Amerika sudah pun membuat lima buah tasik cetek

daripada sebuah tasik yang lebih besar dengan cara

membina daik. Mereka menimbunkan lumpur

lembut di atas ranting yang berjalin dan membentuk

batas untuk menanam bunga dan sayur-sayuran. Saiz

“taman terapung” ini beransur-ansur menjadi lebih

besar dan akhirnya dipenuhi tumbuhan yang akarnya

berjalin antara satu sama lain. Ramai pelancong

berperahu di terusan-terusan yang memisahkan

pulau-pulau buatan tersebut.

UMUM 
MUSSOLINI, BENITO

Mussolini, Benito (1883–1945), mengasaskan

fasisme dan memerintah Itali hampir 21 tahun.

Hampir sepanjang tempoh itu, dia adalah seorang

diktator. Dia cuba membina Itali untuk menjadi

sebuah empayar besar. Sebaliknya, dia menjadikan

Itali negara yang ditakluki oleh tentera-tentera

daripada negara-negara lain.

UMUM 
ORAN

Oran (pend. 663 504) merupakan pelabuhan Laut

Mediterranean di Algeria. Oran terletak kira-kira

360 kilometer di barat Algeria (lihat Algeria [peta]).

Oran menjadi tempat untuk menjalankan

perdagangan dengan bandar pedalaman Afrika

dan pelabuhan di selatan Eropah. Ia dibina oleh

orang Moor, dan sesetengah bangunan lama yang

melihatkan pengaruh Moor masih berdiri megah.

Bandar ini telah ditakluki oleh orang Sepanyol

pada tahun 1509, orang Turki pada tahun 1708,

dan sekali lagi oleh orang Sepanyol pada tahun

1732. Sepanyol meninggalkan Oran pada tahun

1791 setelah bandar ini musnah akibat gempa

bumi. Pada tahun 1831, orang Perancis membina

semula Oran. Tentera Amerika membuat

pangkalan di sana semasa Perang Dunia II.

UMUM 
PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA

PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA, pemerintahan Jepun di Nusantara semasa Perang Dunia Kedua.  Penaklukan Jepun di Nusantara bermula dengan serangan ke atas Tanah Melayu pada 7 Disember  1941.  hingga 15 Februari 1942, tentera Jepun berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu, Singapura, Brunei serta sebahagian Sumatera.  Pada 9 Mac 1942, seluruh Indonesia ditakluki setelah Belanda menyerah kalah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
DINDING

DINDING, sebuah daerah di barat daya negeri Perak. Perihal Dinding ada disebut dalam buku Sejarah Melayu, iaitu adanya sebuah kerajaan lama bernama Gangga Negara terletak di barat Dinding. Di situlah raja bersemayam dan memerintah. Semasa Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Dinding telah ditakluki dan menjadi jajahannya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas