Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditanam

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Betung ditanam aur tumbuh.

Bermaksud :

Mengharap untung, kiranya mendapat rugi.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANAMAN

Tanaman ialah sejumlah besar tumbuhan daripada

sebarang jenis yang ditanam untuk kegunaan

manusia. Tanaman yang ditanam sebagai makanan

manusia disebut tanaman makanan . Tanaman yang

dimakan haiwan dinamakan tanaman makanan

haiwan . Tanaman lain yang dinamakan tanaman serat,

menghasilkan serat untuk dibuat pakaian dan

keluaran-keluaran lain. Tanaman tertentu ditanam

untuk menghiasi persekitaran manusia.

UMUM 
DELIMA

Delima ialah buah daripada pokok yang ditanam

dalam iklim panas. Pokok ini tumbuh liar di barat

Asia dan barat laut India. Ia juga ditanam secara

komersial di negara-negara yang bersempadan

dengan Laut Mediterranean dan di tengah

California, Amerika Syarikat. Pokok delima adalah

bak pokok belukar apabila ia tumbuh liar, tetapi

apabila ditanam, ia tumbuh sebagai pokok kecil.

Ia mencapai ketinggian di antara 4.5 hingga enam

meter dan mengeluarkan dahan-dahan kurus.

Bunganya yang berwarna merah menyala tumbuh

di hujung dahannya.

UMUM 
RAMI

Rami ialah tumbuhan saka yang ditanam

terutamanya untuk seratnya. Ia berasal dari Asia dan

ditanam, terutamanya di India, China dan Taiwan.

Rami adalah satu daripada sumber serat asli yang

paling lama diketahui. Ada lebih daripada 30 jenis

rami yang diketahui. Jenis yang paling biasa berasal

dari China dan Jepun. Daunnya yang tebal dan lebar

berwarna hijau tua di bahagian atas, putih dan

berbulu di bahagian bawah. Penanam akan

menanam akarnya, yang membesar menjadi

tumbuhan dalam masa lebih kurang tiga bulan.

Batangnya tumbuh dari satu hingga dua meter

tingginya.

UMUM 
TEMBIKAI WANGI

Tembikai wangi ialah jenis tembikai yang ditanam.

Kulit tembikai wangi mempunyai corak serabut bak

jaring dan isinya berwarna jingga, rasanya manis dan

berbau wangi. Tembikai wangi ditanam dengan

meluas, terutamanya di Amerika Syarikat.

Empulur kuning tembikai wangi adalah sumber

penting vitamin A dan C. Tembikai ini terdiri

daripada lebih kurang 90 peratus air, sembilan

peratus karbohidrat dan satu peratus protein.

Mungkin tembikai wangi mula ditanam di India.

Tetapi, sejak awal lagi orang Mesir juga

menanamnya dan tembikai wangi dimakan oleh

orang Yunani dan Rom.

UMUM 
TEMBAKAU BERBUNGA

Tembakau berbunga atau nikotiana ialah

nama bagi beberapa tumbuhan tahunan dan

tumbuhan saka dalam famili nightshade. Ia

ditanam kerana bunganya yang harum. Tumbuhan

ini tumbuh liar di kawasan tropika Amerika

Selatan, dan ditanam di banyak kawasan.

Daun tembakau berbunga berbulu dan melekit.

Bunganya berwarna kuning, ungu, merah atau

putih, dan berbentuk seperti tiub panjang.

Tembakau berbunga sangat sensitif terhadap

cuaca sejuk, dan hendaklah dilindungi. Ia boleh

ditanam daripada biji benih di tanah ringan yang

subur. Biji benihnya hendaklah ditanam di batas

panas atau rumah hijau pada awal musim bunga,

dan kemudian dipindahkan ke luar.

Pengelasan saintifik. Tembakau berbunga

tergolong dalam famili nightshade, Solanaceae, genus

Nicotiana .

UMUM 
KELEDEK

Keledek ialah sayur yang mempunyai akar yang

besar berisi, boleh dimakan. Keledek dipercayai

mula ditanam di Amerika Selatan. Kini, ia ditanam

di seluruh dunia dan ia adalah makanan yang

penting di banyak negara. Lebih kurang 85 peratus

daripada tanaman keledek di dunia dihasilkan di

China. Keledek kerap dikelirukan dengan keladi,

kerana akarnya yang besar. Bagaimanapun, keladi

tergolong dalam famili yang berbeza.

UMUM 
SLIPPERWORT

Slipperwort ialah nama bagi beberapa tumbuhan malar

hijau yang bunganya berbentuk seperti selipar. Ia

berasal dari Amerika Tengah dan Amerika

Selatan, tetapi ditanam di rumah hijau dan taman

di kawasan sederhana. Spesies Alpine ditanam

di taman batuan. Slipperwort mempunyai banyak

bunga. Spesies yang popular termasuk Slipperwort biasa

yang bunganya kuning berbintik-bintik slipperwort belukar yang

bunganya kecil berwarna kuning, dan slipperworth

berbunga ungu.

UMUM 
TAMPAN ANGINBarisan pokok yang ditanam di sesuatu kawasan untuk menghalang atau mengawal tiupan angin untuk mengurangkan kesan hakisan angin di kawasan yang diusahakan.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
PSILIUM

Psilium ialah herba yang ditanam di selatan

Eropah dan India. Ia mengeluarkan biji yang

digunakan sebagai ubat. Biji psilium mempunyai

kualiti julap dan digunakan dalam perubatan.

Apabila bijinya dilembapkan, ia kelihatan seperti

gelatin.

UMUM 
TIN

Tin ialah buah yang telah ditanam lebih daripada

4000 tahun dahulu. Ia mungkin berasal dari barat

daya Asia, kemudian tersebar ke kawasan

Mediterranean . Dokumen orang Yunani, Rom, dan

Mesir purba memerikan kepopularannya sebagai

makanan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas