Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditanggung

Puisi
 

Naik bukit meraut nibung,
     Buat perangkap musang jebat;
Penyakit lain boleh ditanggung,
     Penyakit rindu tak ada ubat.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Buruk dikembang pada orang,
     elok dipilih sama seorang.

Bermaksud :

Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEBANKRAPAN

Kebankrapan ialah proses undang-undang

yang dikenakan ke atas seseorang yang tidak dapat

membayar hutang. Aset penghutang, atau bankrap,

diagihkan antara pemberi kredit berdasarkan

jumlah hutang yang ditanggung oleh penghutang.

UMUM 
DEWAN PERNIAGAAN

Dewan Perniagaan ialah persatuan ahli

peniaga yang menggalakkan kepentingan ahlinya

dan perniagaan secara am. Dewan perniagaan

ditubuhkan di pekan, bandar, daerah dan

negeri. Bagi kebanyakan negara Eropah, dewan

perniagaan merupakan agensi rasmi, yang

ditanggung oleh cukai. Dewan perniagaan kadangkala

dikenali sebagai lembaga perdagangan,

persatuan saudagar, atau persatuan perniagaan.

International Chamber of Commerce mempunyai

ahli daripada persatuan dan syarikat perniagaan di

seluruh dunia.

UMUM 
EKSTERNALITI

Eksternaliti ialah kesan yang dihadapi oleh sesebuah firma atau individu akibat tindakannya sendiri dan kesan itu juga ditanggung oleh firma atau individu lain.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

           

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas