KARAVAN | Karavan ialah kenderaan beroda yang ditarik oleh kereta atau trak. Karavan direka bentuk khusus untuk digunakan sebagai tempat penginapan sementara sama ada bagi tujuan rekreasi atau perkhemahan. | UMUM | |
ANUR | Alat pengangkut untuk mengangkut barang yang ditarik oleh lembu atau kerbau. Anur dikenal juga sebagai andur. Selalunya petani menggunakan alat ini untuk mengangkut padi atau berbagai-bagai jenis hasil tanaman dari sawah atau kebun ke rumahnya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
RATA | Rata ialah kenderaan dua roda atau empat roda, yang biasanya ditarik oleh seekor kuda. Rata adalah antara kenderaan beroda yang terawal. Ia mungkin mula dibina di Mesopotamia, iaitu sebuah kawasan di Timur Tengah lebih dari 4000 tahun yang silam. Rata dua roda telah digunakan dalam pertempuran oleh kebanyakan orang zaman purba, termasuk orang Assyria, Mesir, Yunani, Parsi dan Rom. | UMUM | |
MEMBRAN KELIPAN | Membran kelipan ialah membran nipis di bawah kelopak mata yang boleh ditarik untuk menutupi bola mata. Burung dan kebanyakan reptilia mempunyai membran tersebut, tetapi manusia tidak mempunyainya. | UMUM | |
MESIN PENYEMAI | Mesin penyemai yang juga dikenali sebagai pembenih, ialah mesin yang ditarik oleh traktor untuk meletakkan biji-bijian kecil dan biji rumput di dalam tanah. Mesin ini menanam biji pada kedalaman yang sama dalam baris yang sempit kira-kira 15 hingga 20 sentimeter jaraknya. Mekanismenya terdiri daripada pembuka tajak, corong tuang, alat penyumbat biji dan roda tekan atau rantai pendek. Tajak menggali batas (baris berbajak) pada tanah. Corong tuang ialah kotak panjang, sempit yang mengandungi biji yang hendak disemai. Alat penyumbat biji dilekatkan pada bahagian dasar corong tuang. Ia memasukkan amaun biji yang disukat melalui tiub ke dalam batas. Rantai atau roda tekan kemudiannya menimbus biji dengan tanah. | UMUM | |
KOC | Koc ialah nama kepada kenderaan beroda empat yang ditarik oleh haiwan. Koc menjadi pengangkutan awam yang utama untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat sebelum ada perkhidmatan kereta api. | UMUM | |
MESIN PENGETAM | Mesin pengetam ialah mesin yang pernah digunakan oleh peladang untuk menuai bijian. Mesin pengetam yang ditarik oleh kuda menggantikan sabit, telah digunakan oleh peladang berabad-abad lamanya. Dengan menggunakan mesin pengetam, peladang dapat menuai lebih banyak hasil tanaman. | UMUM | |
DAWAI | Dawai ialah rod logam yang panjang, halus, dan boleh lentur yang keratan rentasnya adalah sekata. Hanya logam mulur, atau logam yang mudah ditarik, boleh digunakan untuk membuat dawai. Logam mulur yang utama ialah tembaga, keluli, loyang, tungsten, emas, perak, dan aluminium. | UMUM | |
MESIN PENUAI KOMBIN | Mesin penuai kombin ialah mesin ladang yang memotong dan membanting bijian atau tanaman lain dalam satu operasi. Sesetengah mesin adalah besar dan berkuasa sendiri. Yang lain adalah lebih kecil yang ditarik oleh traktor. Mesin penuai kombin yang besar memotong baris tanaman yang lebih lebar daripada enam meter. Mesin yang kecil memotong baris tanaman sehingga kira-kira dua meter lebarnya. Mesin yang mempunyai alat tambahan khas boleh memungut dan membuang kulit jagung, kacang soya, dan tanaman lain. | UMUM | |
KUPU-KUPU CAWAN | Kupu-kupu cawan ialah kupu-kupu bersaiz kecil hingga sederhana, agak tegap, berbulu berwarna gelap. Australia mempunyai lebih kurang 80 spesies kupu-kupu cawan yang kebanyakannya hidup di kawasan tropika. Beluncas kupu-kupu cawan adalah seperti lintah bulan dengan kepalanya boleh ditarik ke dalam badannya. Ia kelihatan seolah-olah menggelincir di atas daun tempat ia makan kerana kakinya pendek. | UMUM | |