Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditarikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAMBUNG

tarian Siam yang ditarikan oleh penari wanita dengan iringan muzik popular Loy Krathong.

KESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
TARANTELLA

Tarantella ialah tarian rakyat yang popular,

berasal dari selatan Itali. Tarantella ialah tarian yang

rancak dan bertenaga yang dipersembahkan

dengan kepantasan enam per lapan kali masa

sebenar. Tarian ini biasanya ditarikan secara

berpasangan dan sering diiringi muzik yang

menggunakan alat kastanet dan tamburin.

UMUM 
DAYANG SULUT SULAMPID

DAYANG SULUT SULAMPID, tarian tradisional Iranun yang amat popular. Tarian ini biasanya ditarikan pada waktu malam semasa bulan mengambang, ketika orang Iranun berehat setelah berpenat lelah bekerja pada waktu siang. Dayang sulut sulampid juga ditarikan untuk meraikan orang kenamaan atau menyambut bayi yang baru lahir.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TERINAI

TERINAI, tarian Melayu tradisional berasal daripada gabungan perkataan ‘tari’ dan ‘inai’. Tarian terinai amat popular di negeri Perlis semasa pemerintahan Raja Syed Saffi Jamalullail (1837 – 1905). Selain di Perlis, tarian ini juga terdapat di negeri Kelantan dan Perak. Ia merupakan tarian istana, ditarikan pada hari berkhatan anak orang besar-besar atau ditarikan oleh dayang-dayang istana ketika mengutip bunga di dalam taman.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TARIAN NGAJAT

TARIAN NGAJAT, tarian suku kaum Iban, Kenyah, Kayang, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak. Tidak dapat dipastikan asal usul tarian ini. Walau bagaimanapun, ngajat dikatakan berkembang di rantau ini pada sekitar abad ke-16. Pada zaman dahulu, ngajat lazimnya ditarikan oleh kaum lelaki sahaja atau, sekiranya perempuan, perempuan sahaja yang menari. Tidak pernah dilakukan penari lelaki berpasangan dengan penari perempuan dalam sesuatu persembahan. Kini, sesuai dengan peredaran masa, ngajat telah diubahsuai dan boleh ditarikan secara berpasangan, lelaki dan perempuan.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ALAT MAIN PIRING HITAM

Alat main piring hitam ialah peranti yang

mengeluarkan semula bunyi yang telah dirakamkan

pada piring hitam. Alat main piring hitam juga

dikenali sebagai gramofon atau peti nyanyi . Alat ini

digunakan secara meluas bagi memainkan muzik

rakaman untuk didengar dan ditarikan. Di samping

muzik, orang ramai turut mendengar piring hitam

untuk persembahan drama, pembacaan puisi, dan

ucapan. Kebanyakan stesen radio menggunakan

alat main piring hitam bermutu tinggi untuk

memainkan piring hitam bagi siaran menerusi

gelombang udara.

UMUM 
DATUN JULUT

DATUN JULUT, tarian masyarakat Kenyah di Sarawak. Tarian ini biasanya ditarikan oleh kaum perempuan pada hari kebesaran ataupun semasa meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang mereka. Lazimnya, tarian ini diadakan pada waktu petang. Kadang-kadang pihak lelaki juga ikut serta bagi menyerikan lagi suasana perayaan tersebut.

         

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
MANSAYAU

MANSAYAU, tarian pahlawan suku kaum Murut di Sabah. Mansayau atau madsayau dalam bahasa Murut bermaksud menari. Pada zaman dahulu tarian ini biasanya ditarikan oleh para pahlawan Murut.

BUDAYAPerayaan/Upacara
KUDA KEPANG

KUDA KEPANG, tarian yang menggunakan alatan boneka berbentuk kuda yang popular di Johor, ditarikan oleh orang keturunan Jawa di seluruh Nusantara.

BUDAYAAdat
DANGSA

DANGSA,  tarian yang amat popular di kalangan orang Melayu Cocos yang tinggal di Pulau Cocos, Australia dan di Sabah. Tarian ini biasanya ditarikan dalam majlis keramaian oleh pasangan lelaki dan wanita, dan dikatakan mempunyai persamaan dengan sejenis tarian dari Scotland. Lenggang-lenggoknya mempunyai persamaan dengan tarian Sumazau di Sabah. Pakaian yang sesuai untuk tarian ini ialah ‘kebanyak’ untuk wanita dan ‘baskat’ untuk lelaki.

 

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
12

Kembali ke atas