TAWANAN PERANG | Tawanan perang ialah anggota angkatan bersenjata yang ditawan ketika perang. Dalam banyak kes, tawanan perang menyerah diri kepada pasukan musuhnya. Tetapi sesetengah ditawan secara paksa. | UMUM | |
THIRTY TYRANTS | Thirty Tyrants (Tiga Puluh Penzalim) ialah nama gelaran yang diberikan kepada kerajaan Athens selepas bandarnya ditawan oleh orang Sparta pada tahun 404 S.M. Pemerintahnya pada masa itu juga dikenali sebagai The Thirty . Ahli politik Athens yang cerdik, Critias memimpin kumpulan yang berkuasa. Mereka dilantik untuk melakukan pembaharuan perlembagaan Athens mengikut fahaman konservatif. | UMUM | |
YAQUT AL-HAMAWIY | Yaqut al-Hamawiy (574–626 H/1178–1229 M), penulis. Nama penuhnya ialah Abdullah Shihab al- Din Yaqut ibn Abdullah al-Rumiy al-Hamawiy. Semasa kecil, dia ditawan dan dibeli oleh seorang peniaga dari Baghdad yang bernama ‘Askar ibn Ibrahim al-Hamawiy. | UMUM | |
AMMAN | Amman ialah ibu negara Kerajaan Hasyimiyah Jordan dan salah satu ibu negara Arab dan Islam. Amman ialah pusat tamadun penting di Asia Barat. Amman pernah muncul sebagai ibu negara Philadelphia Purba, dan juga salah sebuah bandar kerajaan al-Anbat. Orang Arab Islam membukanya pada tahun 635 M./13 H. Amman ditawan oleh pelbagai puak Arab yang ingin menjadikannya sebagai pusat arkitek yang masyhur. | UMUM | |
SARGON OF AKKAD | Sargon of Akkad ialah raja yang mengasaskan empayar terbesar dalam sejarah. Dia membina empayarnya di Mesopotamia (kini Iraq) pada tahun 2300-an S.M. dan menawan kebanyakan negara barat daya Asia. Sargon ialah ketua tentera dan pentadbir yang terkenal. Dia seorang daripada raja terawal mempunyai pasukan tentera yang tetap dan melantik sekutunya daripada kalangan istana untuk menjadi gabenor bandar yang ditawan. Dia menyusun empayarnya begitu rapi sehingga dapat bertahan di bawah pemerintahannya selama lebih daripada 60 tahun. | UMUM | |
PETRA | Petra ialah bandar purba di selatan Laut Mati yang kini dikenali sebagai Jordan. Petra ialah pusat perdagangan yang penting pada akhir tahun 400- an S.M. hingga awal tahun 200-an. Bandar tersebut berada di jalan perdagangan darat yang menghubungkan kawasan Arab dan Laut Mediterranean . Kaum Nabataean, satu kumpulan orang Arab, berkuasa di Petra pada tahun 400-an S.M. Pada tahun 106 M., Petra ditawan oleh tentera Rom yang menjadikannya sebahagian daripada empayar Rom. Petra maju dari tahun 106 hingga awal tahun 200-an M. Penduduk Petra membina kuil-kuil di kawasan lapang dan mereka menebuk cerunan untuk membuat rumah. Petra selalu digelar bandar merah mawar kerana bangunannya yang diperbuat daripada batu merah dan cerunan merah yang mengelilinginya. | UMUM | |
MUHAMMAD IBN SA‘D | Muhammad ibn Sa‘d ( ?–82 H./ ?–702 M.), ahli hadith yang fasih serta thiqah. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Sa‘d ibn Abu Waqqas al-Madaniy. Dia meriwayatkan hadith daripada ayahnya, serta daripada ‘Uthman ibn Affan, Abu al-Darda’ dan lain-lain lagi. Manakala hadithnya diriwayatkan oleh dua orang anaknya, Ibrahim dan Isma‘il, serta Abu Ishaq al-Sabi‘iy. Muhammad ibn Sa‘d meriwayatkan pelbagai ilmu. Dia bersama-sama Ibn al-Ash‘ath menentang Hajjaj. Dia ditawan pada hari Dayr al- Jamajim dan dibunuh oleh Hajjaj. Hadith-hadithnya diriwayatkan oleh al-Shaykhaniy, al-Tirmidhiy, al- Nasa’iy dan Ibn Majah. | UMUM | |
LAPORAN BIRU | LAPORAN BIRU, laporan tentang pentadbiran Brooke. Laporan Biru atau Blue Report bersifat komprehensif dan kritis dan disediakan oleh Captain Cyril Drummond Le Gros Clark, pegawai kanan Brooke, pada tahun 1934. Laporan ini siap dan diterbitkan pada tahun 1935. Le Gros Clark bertugas sebagai Setiausaha Hal Ehwal Cina dari tahun 1929 hingga tahun 1941. Pada tahun 1941, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Setiausaha Negeri. Dia ditawan oleh pihak Jepun semasa perang Dunia Kedua, dan dibunuh oleh Jepun di Keningau, Sabah, sebelum pihak Jepun menyerah kalah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
LANGKAT | LANGKAT, bekas sebuah kerajaan Melayu di pesisir pantai timur Sumatera Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera Utara. Berdasarkan teromba Kesultanan Langkat, kerajaan Langkat didirikan oleh keturunan Dewa Syahdan, sekitar tahun 1500. Dewa Syahdan dikatakan berasal dari kerajaan Haru (Deli Tua) yang telah diserang Aceh pada tahun 1539. Kerajaan Haru tewas. Putera Dewa Syahdan, Dewa Sakti, dikatakan ghaib dan puterinya, Puteri Hijau, ditawan oleh Aceh. Putera Dewa Sakti, raja Kahar, mendirikan kerajaan Langkat dan bersemayam di Kota Dalam. Raja Kahar berputerakan Raja Badiuzzaman, yang berusaha memperluas wilayah kerajaan tersebut. Raja Badiuzzaman mempunyai empat orang putera, iaitu Kejuruan Tuah Hitam dan Indera Bongsu (Kota Dalam) Raja Wan Jabar (Selesai) dan Raja Syahban (Punggai). Mereka memerintah secara autonomi daerah masing-.masing. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PENGAJIAN MELAYU DI AMERIKA SYARIKAT | PENGAJIAN Melayu DI AMERIKA SYARIKAT, pusat pengajian bahasa Melayu. Pusat ini berkembang sesudah Perang Dunia Kedua. Namun sebelum itu orang Amerika pernah menyumbang karya mereka dalam bidang pengajian Melayu. Pengkaji Amerika pertama yang belajar bahasa Melayu ialah David Woodard yang ditawan di Sulawesi Tengah pada tahun 1793. Laporan dan senarai kosa katanya diterbitkan di London pada tahun 1805. Pada masa itu juga terdapat ramai pelaut Amerika yang lain terlibat dalam perdagangan lada hitam di Sumatera, dan surat mereka terkumpul dalam koleksi khusus di Amerika. | BAHASA | Bahasa |