Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditawarkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIAWAI EMAS

Piawai emas ialah penggunaan emas sebagai

piawai nilai wang sesebuah negara. Sesebuah

negara menjadi pengguna piawai emas apabila

menerima tukaran wang asing yang ditawarkan

dengan emas dan bersetuju untuk membeli dan

menjual emas pada harga yang tetap. Kelebihan

menggunakan piawai emas ialah mengawal inflasi,

mengawal perbelanjaan kerajaan, dan

menstabilkan kadar tukaran wang asing di

kalangan negara yang menggunakannya.

Kelemahannya pula ialah menghalang

penyelarasan yang perlu ke atas bekalan mata

wang tempatan dan kadar tukaran antarabangsa.

UMUM 
KESEIMBANGAN PASARAN

Keseimbangan pasaran ialah keadaan apabila kuantiti yang diminta oleh pengguna sama dengan kuantiti yang ditawarkan oleh penjual pada suatu tingkat harga yang tertentu. 

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
LATIFF MOHIDIN

LATIFF MOHIDIN (1938-      ), pelukis dan penyair. Dia lahir pada 20 Ogos 1938 di Lenggeng, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdul Latiff bin Haji Mohidin. Dia pernah menggunakan nama pena Alma dan A. Latiff Mohidin. Latiff mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lenggeng, Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Kemudian dia belajar di Sekolah King George V di Seremban hingga lulus School Certificate (1959). Dia ditawarkan biasiswa oleh pemerintah Republik Persekutuan Jerman untuk melanjutkan pengajian di Academy of Fine Arts, Berlin, (1960-1964). Pada tahun 1969, dia mempelajari seni goresan di Atelier La Courriere, Paris dengan bantuan Kementerian Kebudayaan Perancis dan menyambung kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat.

SASTERATokoh
HAJI ABDUL RAHMAN HAJI SULAIMAN

HAJI ABDUL RAHMAN HAJI SULAIMAN (1923 – 1988), ulama. Dia lahir pada tahun 1923 di Kampung Gucil Lama, Kuala Krai , Kelantan. Dia dikenal dengan nama Haji Abdul Rahman Sungai Durian. Dia mendapat pendidikan Islam pada peringkat awal daripada ayahnya sendiri, Tuk Lebai Sulaiman. Pendidikan formalnya bermula di Sekolah Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Kerai hingga tamat Darjah Tiga, iaitu darjah tertinggi di sekolah pada masa itu. Dia ditawarkan untuk masuk ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (SITC), tetapi ayahnya mahu dia meneruskan pelajarannya dalam bidang agama untuk menjadi seorang ulama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MARIA MENADO

MARIA MENADO, Dato’ (1930 -      ), bintang filem. Nama sebenarnya ialah Liesbeth Tatelong. Dia dilahirkan di Tatelu, Minahasa, Sulawesi Utara, Indonesia. Keluarganya penganut agama Kristian Protestan. Sewaktu berusia tujuh tahun, Maria menetap di Sulawesi Selatan bersama-sama bapa saudaranya yang kemudian menukarkan namanya kepada kepada Liesje Mandagie. Maria mendapat pendidikan di sekolah Belanda dan Jepun. Setelah itu dia berhijrah ke Jakarta. Rupa parasnya yang jelita menyebabkan dia ditawarkan berlakon filem, tetapi dia menolak tawaran itu.

BUDAYATokoh
SHAFI‘I, AL-

Shafi‘i, al- (150–204 H./767–820 M.), pengasas

mazhab Syafi’i. Nama penuhnya ialah Muhammad

ibn Idris ibn al-‘Abbas ibn ‘Uthman ibn Shafi‘i al-

Quraisy ibn ‘Abd al-Muttalib ibn ‘Abd al-Manaf. Dia

juga dikenali juga sebagai Imam Syafi’i. Dia

dinisbahkan kepada Shafi‘i hingga dikenali sebagai

al-Shafi‘i. Ada juga yang menasabkannya kepada

‘Abd al-Muttalibiy dan dikenali sebagai al-Muttalibiy.

Terdapat pula pendapat yang menasabkan al-Shafi‘i

kepada Makkah, tanah kelahiran bapa, datuk dan

neneknya lalu dikenali sebagai al-Makkiy. Namun,

gelaran yang pertama, al-Shafi‘i lebih terkenal. Al-

Shafi‘i lahir di bandar Gaza di Palestin. Bapanya, Idris

berpindah ke sana meninggalkan Makkah semata-

mata untuk melihatnya. Namun bapanya meninggal

dunia semasa ibunya sedang hamil. Selepas ibunya

melahirkannya dan menetap selama dua tahun di

Gaza, mereka berpindah ke Makkah. Di Makkah, al-

Shafi‘i menghafal al-Qur’an semasa berusia tujuh

tahun dan menghafaz kitab al-Muwatta’ ketika

berusia 10 tahun. Dia sering bergaul dengan kabilah

Huzayl, iaitu antara kabilah Arab yang terbaik dari

segi kefasihan bahasanya dan dia banyak mendapat

manfaat daripada pergaulan ini dengan menghafal

syair-syair serta perumpamaan Arab daripada

mereka. Al-Shafi‘i mempelajari fiqh Maliki daripada

Imam Malik sendiri. Di samping itu, dia turut

berguru dengan Sheikh Masjidilharam yang juga

muftinya, iaitu Muslim ibn Khalid al-Zanjiy yang

meninggal dunia pada tahun 180 H. dan Sufyan ibn

Uyaynah al-Hilaliy yang meninggal dunia pada tahun

198 H. serta beberapa tokoh ulama lain. Kemudian

dia berhijrah ke Yaman kerana menerima satu

jawatan yang ditawarkan oleh Mas‘ab ibn ‘Abdullah

al-Quraisy, kadi Yaman. Seterusnya dia berhijrah

pula ke Iraq pada tahun 184 H. Dia belajar daripada

ulama di Iraq dan ulama Hijaz pula mengambil ilmu

daripadanya.

UMUM 

Kembali ke atas