Mahabharata ialah satu daripada dua puisi epik India yang agung. Puisi yang satu lagi merupakan Ramayana. Mahabharata merupakan puisi yang paling panjang di dunia yang terdiri daripada 220 000 baris dan terbahagi kepada 18 bahagian. Puisi ini ditulis dalam bahasa Sanskrit, iaitu bahasa suci India purba tetapi telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa moden India disebabkan kisahnya terkenal di seluruh India. Pelbagai versi cerita puisi ini juga ditayangkan di televisyen sama ada di India atau di kebanyakan negara lain. |