Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditelan

Puisi
 

Cantik sungguh buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Ditelan pahit diluah sayang,
     Sakit sungguh tanggungan badan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Gajah ditelan ular lidi.

Bermaksud :

Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak).

 

Lihat selanjutnya...(24)

146

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Buah kepayang ditelan pahit, dibuang sayang

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti buah kepayang ditelan pahit, dibuang sayang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MULUT

Mulut ialah bahagian badan yang sesuai untuk

menerima makanan. Bibir pada bukaan mulut

membantu kita minum dan mengambil makanan. Di

dalam mulut, ada dua baris gigi, satu di atas baris

yang satu lagi, untuk mengunyah dan

menghancurkan makanan hingga lumat supaya

boleh ditelan dan dihadam. Kelenjar air liur di

dinding dan lantai mulut mengeluarkan air liur,

yang bercampur dengan makanan yang dikunyah.

Air liur menjadikan kita lebih mudah menelan

makanan kering dan membantu penghadaman gula.

Lihat Air liur.

UMUM 

Kembali ke atas