SAYAP KANAN | Sayap kanan merujuk kepada kumpulan yang tradisional, atau parti politik konservatif. Dalam sesetengah dewan perundangan, pihak konservatif ditempatkan di sebelah kanan speaker. Kumpulan radikal dan bebas membentuk kumpulan sayap kiri, manakala kumpulan neutral ditempatkan di bahagian tengah . Kelaziman ini bermula sejak Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada tahun 1789. Dalam perhimpunan itu, golongan bangsawan mengambil tempat yang diberi penghormatan, iaitu di sebelah kanan raja. Lihat juga Konservatisme. | UMUM | |
ENZIM TERSEKAT GERAK | Enzim yang ditempatkan di atas permukaan atau dalam matriks yang tidak bergerak untuk membolehkannya digunakan berulang kali dalam proses selanjar | KEJURUTERAAN | Konsep |
ATASE | Atase ialah pegawai yang ditempatkan di pejabat diplomatik. Atase berasal daripada perkataan Perancis attaché yang bermakna attached . Seseorang atase biasanya adalah seorang pegawai tentera darat, tentera laut, atau tentera udara, dan dikenali sebagai atase tentera darat, tentera laut atau tentera udara. | UMUM | |
EMDEN | Emden ialah nama sebuah kapal Jerman yang ditempatkan di Laut China dan Lautan Hindi sewaktu Perang Dunia I. Ia menenggelamkan atau menawan 22 buah kapal dagang, menyerang pelabuhan Pulau Pinang dan meletupkan sebuah stesen minyak di Madras. | UMUM | |
KESUSASTERAAN MELAYU | KESUSASTERAAN MELAYU, kesusasteraan yang tumbuh dan berkembang di Alam Melayu, atau Tanah Melayu, yang kini lebih dikenal sebagai Malaysia. Kesusasteraan Melayu terdiri daripada pelbagai macam dan jenis sastera yang indah dan bernilai, yang terakam dalam bahasa Melayu dan memperkatakan tentang masyarakat Melayu. Kepelbagaian jenis ini ditempatkan dalam dua kelompok utama, yang masing-masing dikenal sebagai “kesusasteraan tradisional” dan “kesusasteraan moden”. Pembahagian ini lebih didasarkan pada faktor sejarah. | SASTERA | Konsep |
SEKOLAH TUN FATIMAH | SEKOLAH TUN FATIMAH, sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah Tun Fatimah (STF) sebenarnya bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Perempuan Melayu di Durian Daun, Melaka pada tahun 1956. Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk melahirkan guru-guru pelatih yang ditempatkan di Maktab Perguruan Melayu Melaka (MPPM) selepas mereka menduduki peperiksaan Lower Certifacate of Education (LCE). Pengambilan masuk pelajar ke sekolah ini adalah dari seluruh Tanah Melayu khususnya dari kawasan luar bandar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN | SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah ini terletak di jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Sekolah ini sebenarnya bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Melayu Ipoh dan ditubuhkan pada bulan Januari 1957. Sekolah ini telah ditempatkan untuk sementara waktu di Baeza Avenue Off Jalan Ashby, Ipoh. Bilangan pelajar pengambilan pertama ialah seramai 600 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki. Sebanyak lima buah kelas telah dibuka dengan tenaga pengajarnya seramai 15 orang. Pada tahun yang sama, kelas peralihan dibuka untuk seramai 160 orang pelajar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TUDM | TUDM, pasukan bersenjata yang bertanggungjawab mengawal pertahanan ruang udara negara. TUDM ialah singkatan Tentera Udara Diraja Malaysia. TUDM pada awalnya dikenal sebagai Tentera Udara Persekutuan yang ditubuhkan pada 2 Jun 1958 melalui The Air Force Ordinance No 2 of 58 dan ditempatkan di Pangkalan Tentera Udara Diraja British, Kuala Lumpur (RAF). Pesawat Twin Pioneer merupakan kapal terbang pertama diperolehi daripada pihak British pada 17 April 1958. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MUKOMUKO | MUKOMUKO , wilayah utama Kesultanan Anak Sungai, Minangkabau, Indonesia. Mukomuko mendapat namanya daripada sungai kecil yang banyak merentasi kawasan pantai yang sempit. Pada asalnya, Sultan Muhammad Syah meletakkan wilayah Anak Sungai ini di bawah kekuasaan Inderapura, iaitu kawasan yang terkenal dengan lada dan ditadbir oleh seorang wakil ditempatkan di Menjuto. Oleh sebab Anak Sungai mengatasi Inderapura dari segi pengeluaran lada, wilayah ini memperoleh kebebasannya dalam mencari pasaran lada menerusi ibu pejabat British di Bangkahulu. Dengan sokongan British, Sultan Gulemat (m.m. 1691-1716) menabal dirinya sebagai Sultan Anak Sungai yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TELUK BELANGA | TELUK BELANGA, petempatan Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya selepas British menduduki Singapura. Teluk Belanga terletak di bahagian barat Sungai Singapura. Kawasan ini juga dinamakan Kampung Bahru atau Kampung Temenggung. Teluk Belanga pada mulanya ialah kawasan paya bakau, tetapi ia menjadi projek pertama pembangunan semula bandar di Singapura pada 14 Mac 1823, apabila Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya ditempatkan di sana. Namanya mengambil sempena nama ‘belanga’ yang kelihatan muncul di perairannya ketika Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya berpindah ke sana. Selain itu, dikatakan adanya sebuah busung dalam bentuk ‘belanga’ di kawasan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |