FIORD | Fiord ialah lembah pinggir laut berbentuk-U yang dalam, bertebing sangat curam atau hampir-hampir tegak, yang telah ditenggelami air laut sehingga nampak seperti teluk yang sempit di kawasan latitud tinggi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
BANJIR | Banjir, keadaan air yang menenggelami sesuatu kawasan. Banjir sering dikaitkan dengan bencana yang menimbulkan kerosakan, apabila harta benda ditenggelami air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |