Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditentang

Puisi
 

Patah kemudi di Tanjung Jati,
     Mata bertentang jantung berdebar;
Tersematlah wajah di lubuk hati,
     Semakin ditentang semakin gementar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jangan ditentang matahari condong,
     takut terturut jalan tak berintis.

Bermaksud :

Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PYRAMUS DAN THISBE

Pyramus dan Thisbe adalah sepasang kekasih

dalam legenda purba. Pyramus dan Thisbe hidup

berjiran di Babylon. Mereka jatuh cinta, tetapi

ditentang oleh ibu bapa kedua-dua pihak. Mereka

tidak dibenarkan berkahwin ataupun bergaul

sesama sendiri. Mereka terpaksa bercakap

melalui rekahan dinding di antara rumah mereka.

UMUM 
ROOKE, SIR GEORGE

Rooke, Sir George (1650–1709), laksamana

Inggeris, panglima besar armada dalam angkatan laut

yang menawan Gibraltar pada tahun 1704. Beberapa

hari kemudian, dia ditentang oleh armada Perancis

yang lebih besar di luar pantai Gibraltar. Pertempuran

itu tidak memberi sebarang keputusan. Selepas

pertempuran itu, Perancis tidak lagi membuat

sebarang percubaan untuk menawan Gibraltar.

UMUM 
NAGA

Naga ialah haiwan mitos dalam sastera rakyat

banyak budaya Eropah dan Asia. Legenda

memerikan naga sebagai makhluk yang besar bak

cicak, yang bernafas mengeluarkan api, dan

mempunyai ekor yang panjang bersisik. Di Eropah,

naga biasanya digambarkan sebagai haiwan yang

ganas, yang melambangkan kejahatan yang

ditentang oleh manusia. Tetapi di Asia, terutamanya

di China dan Jepun, haiwan ini biasanya dianggap

sebagai makhluk yang suka berkawan yang

membawa tuah dan kekayaan.

UMUM 
PERANG CROFTER

Perang Crofter ialah satu siri rusuhan petani di

Scotland dari tahun 1882 hingga tahun 1888.

Ramai penduduk di Tanah Tinggi Scotland yang

tinggal di situ pada tahun-tahun sebelumnya telah

diusir secara sistematik daripada kawasan tanah

tengah oleh tuan tanah yang mahu

memperkenalkan penternakan biri-biri ke

kawasan itu. Mereka yang diusir telah membuka

petempatan di bidang tanah yang dikenali sebagai

croft. Banyak tanah croft ini terletak di pulau dan

ada yang masih wujud hingga kini. Kemudian,

tuan tanah mengambil lebih banyak tanah ladang

untuk tujuan memburu rusa, dan menembak

burung dan menghalau penyewa lain dengan

mengenakan tunggakan sewa. Tindakan ini

ditentang oleh penyewa tersebut.

UMUM 
GERAKAN KEBANGSAAN PATANI

GERAKAN KEBANGSAAN PATANI, gerakan menentang penaklukan dan proses integrasi terhadap komuniti Melayu Islam di Wilayah Patani, Narathiwat, Yala dan Satun, selatan Negara Thai. Kemunculannya berpunca daripada gabungan Kesultanan Patani (yang telah wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat sejak pertengahan abad ke-15)

ke dalam Negara Thai. Gabungan tersebut ditentang oleh pemerintah dan rakyat Patani, tetapi disokong dan diberi pengesahan oleh Britain melalui Perjanjian Bangkok (1909).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254–289 H./ 868–902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Ya‘kub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra’. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM 

Kembali ke atas