ESTETIKA | Estetika ialah kajian tentang teori yang diterapkan pada seni dengan pengertian yang luas dan yang asas. | UMUM | |
SKINNER, B.F. | Skinner, B.F. (1904–1990), ahli psikologi Amerika. Dia terkenal kerana penyelidikannya terhadap proses pembelajaran dan kepercayaannya terhadap masyarakat yang terancang. Skinner merupakan penyokong utama pengajaran terancang. Dalam program ini, prinsip pembelajaran yang dikenal pasti dalam makmal diterapkan dalam pengajaran di dalam kelas. Dia juga terkenal sebagai pengkaji psikologi tingkah laku, iaitu kajian terhadap tingkah laku manusia yang dapat dilihat. | UMUM | |
PEMANCA | PEMANCA, satu gelaran atau jawatan penting dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei. Bagi Negara Brunei Darussalam, gelaran pemanca wujud dalam sistem pentadbirannya sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam pada awal abad ke-13. Mengikut salasilah raja-raja Brunei, gelaran Pangeran Pemanca mula diadakan pada masa pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1582 – 1598). Sebelum baginda, gelaran wazir yang ada warisan daripada Sultan Muhammad Syah (Awang Alak Betatar) ialah bendahara dan temenggung. Sultan Hasan menambah dua orang lagi wazir, iaitu Pengeran Digadong dan Pangeran Pemanca. Daripada bukti lisan dan Syair Awang Semaun, gelaran pangeran sebelum gelaran wazir mungkin diterapkan dalam adat diraja Brunei sezaman dengan Sultan Muhammad Syah. Gelaran itu dipercayai adalah pengaruh Majapahit di Jawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |