| AYAM PENELUR | Ayam yang diternak untuk mendapatkan telurnya. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
| ALPAKA | Alpaka ialah haiwan ragut di Amerika Selatan yang berkaitan dengan unta. Ia diternak untuk bulunya yang halus | UMUM | |
| MOHAIR | Mohair ialah nama yang diberi kepada bulu kambing Angora. Haiwan ini berasal dari Asia Kecil dan juga diternak di Afrika Selatan dan di California dan Texas, Amerika Syarikat. Nama Mohair juga digunakan kepada fabrik yang dihasilkan daripada bulu kambing Angora. | UMUM | |
| NUTRIA | Nutria, juga dikenali sebagai coypu , ialah rodensia besar yang tinggal dalam air segar atau berhampiran dengannya. Nutria berasal dari selatan Amerika Selatan, tetapi telah diperkenalkan ke negara-negara lain untuk diternak bagi bulunya. Bulunya dikenali sebagai “nutria”, iaitu perkataan Sepanyol bagi memerang. Bulu nutria digunakan untuk membuat kot dan sarung tangan, manakala dagingnya digunakan untuk membuat makanan haiwan kesayangan. | UMUM | |
| KOMODITI UTAMA | Komoditi utama ialah semua keluaran yang berasal dari bumi sama ada yang ditanam, tumbuh sendiri, digali atau diternak selagi komoditi itu masih dalam bentuk tidak diproses atau separuh diproses. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Sumber/Bahan Alam |
| DAGING | Daging ialah isi haiwan yang dijadikan makanan. Daging sebahagian besarnya terdiri daripada otot, tetapi lemak dan tisu-tisu lain juga boleh dianggap sebagai daging. Daging yang paling biasa dimakan di negara industri diperoleh daripada haiwan yang diternak untuk makanan. Haiwan ini – dan daging yang diperoleh daripadanya – ialah lembu, babi, biri-biri, ayam itik dan ayam belanda. Daging haiwan buruan juga kerap dimakan. Di samping itu, ikan juga adalah antara haiwan yang menghasilkan daging. | UMUM | |
| MINK | Mink ialah mamalia kecil yang berbadan kurus dan berkaki pendek. Beratnya dari kira-kira 0.5 kilogram hingga satu kilogram. Panjangnya berbeza-beza dari kira-kira 50 sentimeter hingga 65 sentimeter, tidak termasuk ekornya yang berbulu lebar. Mink liar berbulu perang. Tetapi mink yang diternak telah dibiakkan bakanya untuk mempunyai bulu berwarna hitam, biru, kelabu-perak, dan putih. Kulit bulu mink musim sejuk telah lama diperlukan oleh industri bulu, yang menggunakannya untuk membuat cape, kot, stole, dan pakaian lain. | UMUM | |