WAKTU SOLAT | Satu tempoh tertentu yang ditetapkan bagi orang Islam untuk menunaikan kewajipan ibadat solat fardu dan sebilangan solat sunat. | FIZIK | Konsep |
ANUITI | Anuiti ialah sejumlah wang yang dibayar pada masa yang ditetapkan, biasanya sekali setahun. Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin, annus , yang bermaksud tahun . Polisi insurans, wasiat, dan dokumen lain memperuntukkan anuiti. | UMUM | |
FAKTOR KESERENTAKAN | Nisbah kadar penggunaan gas maksimum terhadap kadar beban maksimum yang telah ditetapkan secara teori. | KEJURUTERAAN | Konsep |
PERUNTUKAN DIRAJA | Peruntukan Diraja ialah akaun kewangan negara yang membiayai perbelanjaan pemerintahan beraja dan keluarga diraja di United Kingdom. Jumlahnya telah ditetapkan oleh Parlimen pada setiap permulaan raja memerintah. Sebagai balasan, exchequer menerima bayaran cukai tahunan daripada sebahagian tanah yang dimiliki oleh raja tersebut. Di bawah Akta Peruntukan Diraja 1975, perbendaharaan boleh menambahkan jumlah pembiayaan setiap tahun untuk menampung kos yang semakin meningkat. | UMUM | |
ANUGERAH SENIMAN NEGARA | Anugerah Seniman Negara ialah penghargaan dan penghormatan kerajaan Malaysia kepada seseorang yang telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Antara yang diambil kira ialah sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi. | UMUM | |
PUNCA | Punca dalam matematik, bermakna kuantiti yang menghasilkan kuantiti yang khusus apabila punca itu diambil sebagai faktor untuk beberapa kali yang telah ditetapkan (lihat Faktor ). Berapa kali punca itu diambil sebagai faktor dikenali sebagai indeks . Punca dinamakan daripada indeks- indeksnya. Oleh itu, punca empat bagi 81 ialah 3, kerana 3 X 3 X 3 X 3 = 81. Punca yang mempunyai indeks 2 dan indeks 3 juga dikenali sebagai punca kuasa dua dan punca kuasa tiga . Punca yang positif bagi nombor positif p ditunjuk dengan n √p. Oleh itu, 4 √ 18 = 3 . Simbol √ itu dikenali sebagai tanda radikal . Apabila indeks tidak ditunjuk, maka indeksnya ialah 2. | UMUM | |
PERLUMBAAN MERPATI | Perlumbaan merpati ialah sejenis sukan yang menguji kelajuan burung merpati rumah terbang untuk sampai ke rumahnya ketika dilepaskan pada satu jarak yang ditetapkan. Merpati rumah ialah burung yang dilatih khusus untuk kembali semula ke petak sarang pemiliknya yang disebut para . Merpati yang mengambil bahagian berlumba terbang pada jarak yang telah digredkan antara 100 hingga 1600 kilometer. | UMUM | |
NOTA JANJI | Nota janji ialah janji tidak bersyarat serta tak boleh mansuh yang dibuat secara bertulis untuk membayar sejumlah wang tertentu apabila dituntut ataupun pada waktu yang telah ditetapkan kepada orang yang dinamakan. Nota janji biasanya berupa janji hendak membayar balik wang yang telah dipinjamkan untuk tujuan perniagaan. Jumlah yang harus dibayar balik itu biasanya lebih besar daripada jumlah yang dipinjam. Perbezaannya ialah faedah bagi pinjaman tersebut. Orang yang menandatangani nota tersebut dikenali sebagai pembuat . Orang yang akan dibuat bayaran kepadanya dikenali sebagai penerima . Tarikh apabila bayaran itu perlu dibuat dikenali sebagai tarikh tebus . | UMUM | |
ANUGERAH SASTERA NEGARA | Anugerah Sastera Negara ialah anugerah yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu, yang dianggap telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Di samping itu sasterawan yang layak dianugerahi dengan hadiah sastera tertinggi negara ini mestilah telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air dengan menghasilkan karya yang bermutu tinggi. | UMUM | |
TARAF HIDUP | Taraf hidup biasanya merujuk kepada taraf ekonomi yang dicapai oleh seseorang individu, keluarga atau negara. Taraf hidup boleh diukur melalui nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan atau digunakan oleh individu, keluarga atau negara dalam satu tempoh waktu yang ditetapkan. Tafsiran lain tentang taraf hidup adalah berasaskan matlamat yang ditetapkan oleh orang ramai untuk diri mereka sendiri sebagai pengguna. Dengan kata lain, apabila seseorang mempunyai jumlah yang mencukupi dari segi keperluan untuk hidup dengan selesa dan gembira, mereka telah mencapai taraf hidup mereka. | UMUM | |