PUTUS UBAT | PUTUS UBAT, satu upacara yang diadakan sempena selesainya rawatan dan pengubatan yang diterima oleh seseorang bekas pesakit daripada bomoh. Upacara ini diadakan untuk mengelakkan bomoh dan juga pesakit daripada ditimpa perkara-perkara yang tidak diingini. Dipercayai bomoh yang bertanggungjawab memulihkan pesakit akan ditimpa penyakit yang sama jika upacara ini tidak diadakan. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
SURAH AL-HIJR | Surah al-Hijr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-15 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 99 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Hijr kerana Allah S.W.T. menyebut tentang apa yang berlaku terhadap kaum Salih, iaitu kabilah Thamud, serta rumah mereka yang terletak di Hijr, iaitu antara Madinah dan Syam. Mereka ini adalah orang yang gagah, dan mampu mengukir gunung sehingga boleh dijadikan rumah kediaman. Mereka merasakan seolah-olah akan terus hidup kekal, tanpa ditimpa kebinasaan dan kematian. Ketika mereka berada dalam keadaan aman dan tenang, tiba-tiba mereka ditimpa azab yang dahsyat di waktu hening pagi. | UMUM | |
TALLEYRAND | Talleyrand (1754–1838) ialah negarawan Perancis yang terkenal dengan pencapaian diplomatiknya semasa zaman pemerintahan Napoleon l dan semasa di Kongres Vienna. Nama penuhnya ialah Charles Maurice de Talleyrand-Périgord, Prince de Bénévent. Dia lahir di Paris. Semasa kecil dia ditimpa satu kemalangan yang menyebabkannya tempang. Dia mendapat pendidikan dalam aliran keagamaan. Dia menjadi paderi pada tahun 1775. Pada tahun 1789, Talleyrand dinamakan sebagai biskop Autun, iaitu jawatan yang tinggi dalam gereja. | UMUM | |
TABU | Tabu ialah perbuatan, benda, orang atau tempat yang dilarang oleh undang-undang atau budaya. Perkataan taboo berasal daripada perkataan Polinesia iaitu tapu atau tabu yang bermakna sesuatu yang suci, istimewa, berbahaya atau kotor. Kebanyakan masyarakat mempunyai kepercayaan bahawa seseorang yang pergi ke tempat larangan atau menyentuh barang larangan akan ditimpa bencana. Masyarakat juga mungkin menghukum orang yang melanggar larangan ini dan menyisihkannya. | UMUM | |
SURAH YUNUS | Surah Yunus ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-10 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 109 ayat. Surah ini dinamakan Yunus kerana di dalamnya disebutkan kisah Nabi Yunus a.s. dan mengandungi nasihat dan teladan mengenai pengangkatan azab daripada kaum baginda, ketika mereka beriman setelah mereka hampir-hampir ditimpa azab dan bala. | UMUM | |
RASI | RASI, kesesuaian dalam konteks perhubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan peralatan. Contohnya rasi antara suami dan isteri, rasi antara penghuni dengan rumah yang dialami, rasi antara pemilik dengan barang yang dimiliki dan rasi antara ladang atau kebun dengan empunyanya. Jika ada kesesuaian, rasi akan membawa keuntungan faedah, kebahagian dan kesuburan kepada mereka. Jika tidak serasi, maka timbul konflik dalam rumah tangga, sakit, bencana atau ditimpa musibah. Ukurannya dilihat pada kesan perhubungan. | BUDAYA | Konsep |
PUTERI GUNUNG LEDANG | PUTERI GUNUNG LEDANG, puteri legenda. Dia dipercayai berketurunan jin dan tinggal di puncak gunung Ledang, Johor. Kisah puteri ini telah menjadi legenda bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Cerita tentangnya terdapat dalam bentuk lisan yang disampaikan di kalangan masyarakat setempat dalam bentuk tulisan seperti dalam Sejarah Melayu. Orang Melayu percaya puteri ini wujud, oleh itu pertuturan dan tingkah laku hendaklah dijaga jika mahu mendaki gunung tersebut. Jika tidak dipatuhi, dipercayai orang itu akan ditimpa sesuatu bencana. | BUDAYA | Konsep |