MAGERAN | MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja pentadbiran awam, tentera dan polis bagi mengembalikan keamanan negara. MAGERAN ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada 16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail. | UMUM | |
TANAH JAJAHAN | Tanah jajahan ialah petempatan yang ditubuhkan oleh sesuatu kumpulan penduduk di luar negara asal mereka, tetapi tetap diperintah oleh tanah air mereka. Tanah jajahan ditubuhkan dengan tujuan untuk mencari lebih banyak kawasan yang dapat dijadikan tempat tinggal agar dapat mengurangkan tekanan kepadatan di tanah air mereka, untuk meningkatkan perdagangan dengan mencari pasaran bagi barang-barang buatan, untuk mendapatkan sumber bahan mentah, untuk melindungi kepentingan ketenteraan, dan untuk meningkatkan prestij negara ibunda. Hampir separuh daripada negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bekas tanah jajahan yang mendapat kemerdekaan sejak Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT ANGGOTA MALAYSIA | persatuan yang ditubuhkan untuk kemajuan, kepentingan dan kesejahteraan am pada ahlinya serta orang cacat lain di negara ini. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1976 oleh orang-orang cacat anggota sendiri. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YPEIM) | Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) ialah yayasan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk pembangunan ekonomi umat Islam Malaysia. Ia ditubuhkan pada 13 Oktober 1976 sebagai menyahut seruan yang terdapat dalam rumusan Kongres Islam Ke-2 yang diadakan di Kolej Islam Malaya pada tahun 1972 bagi meningkatkan pembangunan ekonomi umat Islam Malaysia. | UMUM | |
SYARIKAT HINDIA BARAT BELANDA | Syarikat Hindia Barat Belanda ditubuhkan oleh ahli perniagaan Belanda dan dipiagamkan oleh kerajaan Belanda pada tahun 1621. Syarikat ini diberikan hak istimewa untuk berniaga dan menakluki kawasan di Amerika Utara, Hindia Barat dan Afrika untuk selama 24 tahun. Tanah jajahan New Netherland termasuk sebahagian negeri-negeri yang kini dikenali sebagai New York, New Jersey, Delaware, dan Connecticut. Tanah jajahan ini ditubuhkan oleh Syarikat Hindia Barat Belanda dan beribu pejabat di New Amsterdam (kini New York City). Lihat juga New Netherland. | UMUM | |
LIGA BANGSA | Liga Bangsa, satu pertubuhan negara-negara antarabangsa yang ditubuhkan untuk mengekalkan keamanan di kalangan negara-negara di dunia. Negara yang menang dalam Perang Dunia I termasuklah Perancis, Great Britain, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat telah merangka satu covenant (perlembagaan) untuk Liga tersebut pada tahun 1919. Liga tersebut telah ditubuhkan pada bulan Januari 1920, dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Presiden Woodrow Wilson dari Amerika Syarikat merupakan ketua perancang bagi Liga berkenaan tetapi dia tidak berjaya memujuk Amerika Syarikat menyertainya. Liga itu telah dibubarkan pada bulan April 1946 dan digantikan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | UMUM | |
PUSAT PERKHIDMATAN SUNNAH DAN SIRAH NABI | Pusat Perkhidmatan Sunnah dan Sirah Nabi ialah pusat yang ditubuhkan untuk mengumpul dan menjaga manuskrip, buku-buku yang telah dicetak, dokumen dan maklumat yang berkaitan dengan sunnah dan sirah Rasulullah s.a.w. untuk memberi kemudahan kepada para pengkaji. Pusat yang terletak di Madinah al- Munawwarah di Arab Saudi ini ditubuhkan pada tahun 1406 H./1986 M., di Universiti Islam Madinah dengan kerjasama Pusat Percetakan al-Qur’an ( al- Mushaf al-Syarif) al-Malik Fahd. | UMUM | |
YUEFU | Sebuah institusi muzik yang ditubuhkan oleh Maharaja Wu pada zaman Han Barat. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
PUSAT PENYELIDIKAN KURMA | Pusat Penyelidikan Kurma ditubuhkan pada tahun 1402 H./1982 M. di Ahsa’ Arab Saudi. Ia bertujuan untuk mengkaji, mempelajari, menyelesaikan masalah dan memberi tunjuk ajar. Pusat ini juga menjalankan kajian secara praktikal bagi menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan penanaman, pengeluaran dan pengilangan kurma. Pejabat pentadbiran penyelidikan ini terletak di pusat latihan dan kajian pertanian dan perladangan sejauh 15 kilometer melalui jalan Hufuf-Qatar. | UMUM | |
JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA | Organisasi yang ditubuhkan bagi melindungi hidupan liar di Malaysia. | PERTANIAN | Institusi/Organisasi |